Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang EUR/USD telah membuat satu lagi ayunan tinggi pada tahap 1.1261 dan menghampiri sasaran seterusnya untuk kenaikan harga yang dilihat pada tahap 1.1286, iaitu tahap anjakan Fibonacci 61% daripada gelombang besar ke bawah pada carta masa Mingguan. Sila ambil perhatian, momentum telah mencecah keadaan terlebih beli pada carta rangka masa H4, Harian dan Mingguan, oleh itu pnarikan semula harga atau pembetulan mungkin berlaku pada bila-bila masa. Sokongan teknikal urusniaga harian dilihat pada tahap 1.1205, tetapi sekiranya penembusan lebih rendah, sasaran seterusnya untuk penurunan dilihat pada tahap 1.1020 dan 1.1010. Hanya penembusan yang berterusan di bawah sokongan dinamik purata bergerak sekitar 1.0900 akan mengubah pandangan kepada lebih negatif.
Pivot point Mingguan:
WR3 - 1.12534
WR2 - 1.12384
WR1 - 1.12326
Pivot Mingguan - 1.12234
WS1 - 1.12176
WS2 - 1.12084
WS3 - 1.11934
Tinjauan Dagangan:
Sejak awal Oktober 2022, EUR/USD berada dalam kitaran pembetulan untuk menaik, tetapi arah aliran utama jangka panjang kekal menurun. Kitaran pembetulan ini mungkin akan ditamatkan pada tahap 1.1286 iaitu 61% tahap anjakan Fibonacci apabila ia dicapai, jadi sila perhatikan tahap ini dan cara peserta pasaran (kenaikan harga dan penurunan) akan menanganinya.