Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Bagaimana untuk berdagang pasangan GBP/USD pada 7 Februari. Cadangan dan analisis dagangan ringkas untuk pedagang baharu

parent
Analisis Forex:::2023-02-07T07:55:06

Bagaimana untuk berdagang pasangan GBP/USD pada 7 Februari. Cadangan dan analisis dagangan ringkas untuk pedagang baharu

Menganalisis dagangan hari Isnin:

Pasangan GBP/USD pada carta M30

Bagaimana untuk berdagang pasangan GBP/USD pada 7 Februari. Cadangan dan analisis dagangan ringkas untuk pedagang baharu

Pasangan mata wang GBP/USD cuba meneruskan pergerakan menurun pada hari Isnin, tetapi gagal melepasi 1.2008. Ia juga gagal untuk memasuki pembetulan kenaikkan harga yang kuat jadi pasangan mata wang itu mendatar sepanjang hari. Pembetulan akan menjadi senario paling logik, bagaimanapun, pasangan itu mungkin secara terus jatuh, kerana momentum semasa mungkin berterusan selepas kesan hari Khamis dan Jumaat. Tiada data makro penting di Britain dan AS pada hari Isnin. Satu-satunya perkara yang patut diberi perhatian ialah PMI Pembinaan UK, yang tidak menjejaskan pergerakan pasangan itu. Oleh demikian, pasaran masih dipengaruhi oleh hasil mesyuarat Bank of England dan Rizab Persekutuan, serta pasaran buruh dan data pengangguran di AS. Garisan trend menaik ialah isyarat trend menurun, tetapi ia agak formal. Ia mempunyai sudut cerun yang terlalu kecil dan harganya terletak sangat jauh darinya.

Pasangan GBP/USD pada carta M5

Bagaimana untuk berdagang pasangan GBP/USD pada 7 Februari. Cadangan dan analisis dagangan ringkas untuk pedagang baharu

Memandangkan pergerakan semalam kebanyakannya mendatar, isyarat dagangan tidak begitu baik. Secara keseluruhan, pasangan mata wang itu membentuk dua isyarat jual berhampiran kawasan 1.2064-1.2079. Dalam kes pertama, ia melepasi 30 pip ke arah yang betul (iaitu ke bawah), dan 45 pip dalam yang kedua. Walau bagaimanapun, ia gagal mencapai tahap sasaran terdekat 1.1957, oleh itu, ia hanya mungkin untuk membuat keuntungan menggunakan isyarat ini jika ia ditutup secara manual. Ini adalah cara untuk bertindak pada dagangan kedua, kerana tiada isyarat beli sehingga petang, dan kedudukan jual terpaksa ditutup secara tidak langsung. Oleh demikian, anda boleh memperoleh kira-kira 45 pip keuntungan pada kedudukan jual kedua, yang memungkinkan untuk menampung kerugian pada dagangan dengan pasnagan EUR/USD. Oleh itu, hari Isnin adalah seimbang.

Cadangan dagangan Selasa:

Pada carta 30 minit, pasangan mata wang GBP/USD secara terus membentuk trend menurun dan mungkin meneruskan pergerakan menurun.Oleh kerana pembolehubah asas dan makroekonomi akan menjadi lemah minggu ini, paun perlu bertahan. Pada carta 5 minit, adalah disarankan untuk berdagang pada tahap 1.1863-1.1877, 1.1950-1.1957, 1.2064-1.2079, 1.2109, 1.2171-1.2179, 1.2245-1.2260 Sebaik sahaja harga melepasi 20 pip ke arah yang betul, anda harus menetapkan Henti Rugi (SL) kepada pulang modal. Pada hari Selasa, wakil Bank of England akan menyampaikan ucapan. Tidak akan ada sebarang senario yang menarik di Amerika Syarikat. Oleh demikian, para pedagang tidak akan mempunyai apa-apa untuk bertindak balas.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat ditentukan oleh masa isyarat itu diambil untuk terbentuk (lantunan atau penembusan tahap). Lebih cepat ia terbentuk, lebih kuat isyaratnya.

2) Sekiranya dua atau lebih kedudukan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Ambil Untung (TP) atau menguji tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya pada tahap ini harus diabaikan.

3) Apabila berdagang mendatar, pasangan boleh membentuk berbilang isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Walau apa pun, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang pada isyarat pertama pergerakan mendatar.

4) Dagangan harus dibuka dalam tempoh antara permulaan sesi Eropah dan pertengahan waktu dagangan AS apabila semua kedudukan perlu ditutup secara manual.

5) Anda boleh berdagang menggunakan isyarat daripada indikator MACD pada carta masa 30 minit hanya di tengah-tengah volatiliti yang kuat dan trend yang jelas yang harus disahkan oleh garisan trend atau saluran trend.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 pip), ia harus dianggap sebagai tahap sokongan dan rintangan.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Ambil Untung (TP) berhampiran tahap ini.

Garisan merah ialah saluran atau garisan trend yang memaparkan trend semasa dan menunjukkan ke arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikator MACD (14, 22, dan 3) terdiri daripada histogram dan garisan isyarat. Apabila pergerakan menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan penunjuk ini dalam kombinasi dengan corak trend (saluran dan garisan trend).

Pengumuman penting dan laporan ekonomi yang boleh didapati pada kalendar ekonomi boleh mempengaruhi trajektori pasangan mata wang secara serius. Oleh demikian, semasa penerbitan, kami menyarankan berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan turun naik harga yang mendadak.

Pedagang baharu di Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...