Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD

parent
Analisis Forex:::2023-03-09T09:15:26

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD

Tiada pergerakan harga yang ketara pada pasangan mata wang ini pada Rabu walaupun terdapat lonjakan dalam volatiliti pada sebelah petang.

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan kukuh pada sebelah pagi Rabu, hasil daripada data dagangan runcit Itali dan laporan keluaran perindustrian Jerman. Data pasaran buruh AS daripada ADP juga membawa kepada lonjakan dalam volatiliti pasaran, tetapi arah tuju pasangan mata wang ini kelihatan agak tidak jelas.

Hari ini, tiada apa-apa yang boleh mempengaruhi pasaran, oleh yag demikian, diharapkan dagangan kekal dalam saluran harga semasa. Dan walaupun AS menerbitkan laporan tuntutan pengangguran mingguannya pada sebelah petang, diikuti dengan ucapan daripada ahli FOMC Michael Barr, ia dijangka tidak mungkin akan mencetuskan pergerakan menurun yang kuat pada pasangan mata wang ini.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0561 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0591. Pertumbuhan adalah tidak mungkin pada hari ini. Jika ada, ia hanya akan menjadi pembetulan sedikit menaik dan tidak lebih. Namun begitu, sila pastikan apabila anda membuka membeli, garis MACD berada di atas sifar atau mula meningkat daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli Euro pada tahap 1.0537, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0561 dan 1.0591.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0537 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0504. Tekanan akan kembali jika AS mengeluarkan data pasaran buruh yang kukuh. Walau bagaimanapun, sila pastikan bahawa semasa anda membuka pesanan menjual, garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.0561, nnamun, garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.0537 dan 1.0504.Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...