Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 17 Mac. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2023-03-17T06:03:07

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 17 Mac. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Khamis:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 17 Mac. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Pada Khamis, pasangan mata wang GBP/USD juga cuba meneruskan pembetulan kenaikkan harga dan secara umumnya bergerak hampir sama dengan pasangan mata wang EUR/USD. Kejatuhan pada hari Rabu juga mungkin disebabkan oleh masalah di Credit Suisse Bank di Switzerland. Tetapi bagaimanapun ia telah mendatar dan "berayun" untuk beberapa minggu atau bulan sekarang. Itulah sebabnya perubahan arah yang berterusan tidak seharusnya mengejutkan sesiapa pun. Berdagang dalam keadaan sedemikian adalah sangat sukar, sekurang-kurangnya pada carta yang lebih besar. Tetapi kami mempunyai tahap tertentu dan aliran harian pada carta yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, walaupun itu tidak selalu membantu. Jika pergerakan bergelora dengan pembalikan yang kerap, satu tahap pun tidak boleh menyelamatkan kita daripada kerugian dagangan. Tidak ada acara penting di UK. Dan ia juga hanya beberapa data kecil di AS, yang, walaupun dipengaruhi oleh suasana pasaran, sukar untuk dikesan, kerana pasangan mata wang ini berayun naik dan turun sepanjang hari. Ia adalah hari terakhir minggu dagangan dan sesuatu memberitahu kita bahawa sifat pergerakan tidak akan bertambah baik.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 17 Mac. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Bercakap tentang isyarat dagangan, semuanya tidak mudah. Semua isyarat telah dibentuk dalam kawasan 1.2065-1.2079 dan kesemuanya adalah palsu. Oleh itu, adalah mungkin untuk melakukan hanya dua yang pertama. Harga tidak pernah mencapai tahap sasaran. Dalam kes pertama, pasangan itu meningkat kira-kira 20 mata, jadi pedagang baru boleh meletakkan pesanan Stop Loss kepada titik Pulang Modal. Ia adalah perkara yang sama untuk kes kedua. Pada penghujung hari, tidak ada untung atau rugi. Oleh itu, adalah diiingat bahawa pergerakan harga kini sangat bergelora, jadi sebarang tawaran melibatkan peningkatan risiko.

Tip dagangan pada Jumaat:

Pada carta 30 minit, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah menamatkan satu lagi aliran menaik jangka pendek, jadi ia mungkin meneruskan kejatuhan dalam beberapa hari akan datang. Mesyuarat Rizab Persekutuan dan Bank England dijadualkan akan berlangsung pada minggu depan, oleh itu, tiada apa yang harus menghalang pound daripada jatuh pada hari Jumaat, tetapi kita melihat bahawa pergerakan itu benar-benar tidak dapat diramalkan. Pada carta 5 minit, adalah disyorkan untuk berdagang pada tahap berikut; 1.1793, 1.1863-1.1877, 1.1924, 1.1992-1.2008, 1.2065-1.2079, 1.2143, 1.2171-1.1877, 1.1924, 1.1992-1.2008, 1.2065-1.2079, 1.2143, 1.2171-1.21729-1.2172, 3-1.21729-1.2172. Sebaik sahaja harga melepasi 20 pip ke arah yang betul, anda harus menetapkan meletakkan pesanan Stop Loss kepada titik Pulang Modal. Pada hari Jumaat, tiada laporan menarik dijadualkan untuk UK, manakala AS akan mengeluarkan laporan kecil seperti pengeluaran perindustrian dan indeks sentimen pengguna dari University of Michigan. Oleh itu, melainkan ada berita yang sama besar dengan kejatuhan bank lain, kami tidak menjangkakan pergerakan trend. Tetapi ironinya, ia agak mungkin, kerana itulah kekeliruannya.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...