Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 30 Mac.

parent
Analisis Forex:::2023-03-30T08:54:48

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 30 Mac.

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD

Pasangan mata wang ini menguji tahap 1.0840 sewaktu garis MACD sudah berada jauh daripada sifar, mengehadkan potensi menaik pada pasangan mata wang ini. Beberapa ketika kemudian, terdapat ujian harga yang lain, tetapi kali ini ia berada pada tahap 1.0868 dan isyarat pasaran adalah untuk menjual. Itu menyebabkan pergerakan menurun sekitar 30 pip. Tiada isyarat lain muncul sepanjang hari itu.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 30 Mac.

Kalendar makroekonomi yang kosong sepenuhnya di zon Eropah semalam mendorong kepada pertumbuhan euro, tetapi komen daripada pegawai Fed telah mengehadkan potensi pertumbuhan harga. Untuk hari ini, pasaran akan memberi perhatian kepada data tentang keyakinan pengguna zon Eropah dan indeks harga pengguna Jerman. Kenaikan dalam kedua-dua indikator ini sudah tentu akan membawa kembali permintaan untuk euro. Pedagang juga akan berminat dengan kemas kini ekonomi ECB. Pada sebelah petang, akan terdapat laporan mengenai tuntutan pengangguran mingguan dan perubahan KDNK untuk suku ke-4 2022 di AS. Sama pentingnya ialah ucapan daripada ahli FOMC Neel Kashkari, serta Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen, yang mungkin mendedahkan butiran program baharu untuk menyokong bank AS. Ini akan memberi tekanan kepada dolar AS dan mengembalikan selera risiko.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0850 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0886. Pedagang akan melihat keuntungan hanya apabila Jerman menerbitkan laporan yang lebih baik daripada jangkaan mengenai inflasi dan sentimen pengguna. Walau bagaimanapun, buka pesanan membeli hanya apabila garis MACD berada di atas sifar atau mula meningkat daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli Euro pada tahap 1.0832, namun garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0840 dan 1.0886.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0832 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0801. Tekanan akan kembali jika tiada aktiviti kenaikan harga di sekitar tahap tinggi harian dan jika zon Eropah mengeluarkan data ekonomi yang lemah. Tetapi sila ambil perhatian bahawa apabila anda membuka pesanan menjual, garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.0850, namun, garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.0832 dan 1.0801.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 30 Mac.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...