Menganalisis dagangan Selasa:
Pasangan EUR/USD pada carta M30
Pasangan mata wang EUR/USD secara terus didagangkan lebih tinggi sepanjang hari Selasa, yang bermula petang Isnin. Pasangan ini jatuh dengan mendadak semasa sesi dagangan AS pada hari Isnin, yang mungkin disebabkan oleh reaksi pasaran terhadap data makro AS pada hari Jumaat. Walau bagaimanapun, semakin hampir ke waktu malam, pasangan ini diniagakan pada kadar yang lebih tinggi, yang berterusan sepanjang hari Selasa. Kita tidak boleh sememangnya mengatakan bahawa pasaran tidak mempunyai sebab untuk membeli pasangan ini. Tetapi kita semua telah terbiasa dengan hakikat bahawa dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, euro sering meningkat tanpa sebab yang khusus. Harga meninggalkan saluran menurun tetapi gagal untuk menembusi paras 1.0923. Pergerakan yang tidak logik dan tidak menentu mungkin akan berterusan. Hanya terdapat satu laporan yang agak penting diterbitkan sepanjang hari - jualan runcit di Kesatuan Eropah. Ia sememangnya sedikit lebih baik berbanding ramalan tetapi masih negatif. Oleh demikian, pertumbuhan euro mungkin tidak berkaitan dengannya. Tiada yang menarik di AS. Volatiliti adalah rendah.
Pasangan matawang EUR/USD pada carta M5
Dalam carta 5 minit, kita dapat melihat bahawa pasangan itu bergerak dalam satu arah sepanjang hari, tetapi tidak dapat menangkap permulaan pergerakan ini. Oleh demikian, isyarat pertama terbentuk di sekitar kawasan 1.0920-1.0933 apabila pasangan itu sudah berhenti meningkat. Ia adalah isyarat jual, serta dua isyarat berikutnya di sekitar kawasan yang sama. Dalam kes pertama, pasangan itu bergerak ke arah yang betul sebanyak kira-kira 5 mata, dalam kes kedua sebanyak 10, dan dalam kes ketiga lebih daripada 15. Oleh itu, hanya satu kedudukan jual seharusnya telah dibuka, dan pedagang bahkan boleh membuat keuntungan sekitar 15 mata kerana tiada isyarat beli sehingga akhir hari. Oleh demikian, kedudukan perlu ditutup secara manual.
Cadangan dgangan hari Rabu:
Pada carta 30 minit, pasangan itu dengan cepat menyelesaikan pembetulan menurun, yang sekali lagi adalah sangat lemah. Pengukuhan di atas saluran menurun telah berlaku, jadi sekarang kita boleh menjangkakan satu lagi pusingan pertumbuhan dari euro. Kemungkinan besar ia akan tidak berasas lagi. Pada carta 5 minit, disyorkan untuk berdagang pada tahap 1.0692, 1.0737, 1.0792, 1.0857-1.0867, 1.0920-1.0933, 1.0966, 1.0989, 1.1038, 1.1070, 1.1132. Sebaik sahaja harga melepasi 15 pip dalam arah yang betul, anda perlu menetapkan Henti Rugi (SL) pada titik pulang modal (breakeven). Pada hari Rabu, laporan paling penting minggu ini akan diterbitkan di Amerika - laporan inflasi. Pada waktu malam, kita ada minit FOMC dari mesyuarat terakhir untuk dinantikan. Dan tiada sebarang senario berlaku di zon euro. Adalah wajar untuk memantau laporan inflasi dengan teliti. Ambil perhatian bahawa pasangan boleh bergerak ke mana-mana arah. Adalah mustahil untuk meramalkannya terlebih dahulu.
Peraturan asas sistem dagangan:
- Kekuatan isyarat ditentukan oleh masa yang diambil isyarat untuk terbentuk (pantulan atau tembusan tahap). Semakin cepat ia terbentuk, semakin kuat isyarat tersebut.
- Jika dua atau lebih kedudukan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Ambil Untung (TP) atau menguji tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya pada tahap ini harus diabaikan.
- Apabila berdagang secara mendatar, pasangan boleh membentuk beberapa isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Dalam kes apa pun, lebih baik untuk berhenti berdagang pada isyarat pertama pergerakan mendatar.
- Dagangan harus dibuka dalam tempoh antara permulaan sesi Eropah dan pertengahan waktu dagangan AS apabila semua kedudukan perlu ditutup secara manual.
- Anda boleh berdagang menggunakan isyarat dari indikator MACD pada carta masa 30 minit hanya di tengah-tengah volatiliti yang kuat dan trend yang jelas yang harus disahkan oleh garis trend atau saluran trend.
- Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 pip), ia harus dianggap sebagai tahap sokongan dan rintangan.
Pada carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Ambil Untung (TP) berhampiran tahap ini.
Garisan merah ialah saluran atau garisan trend yang memaparkan trend semasa dan menunjukkan ke arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikator MACD (14, 22, dan 3) terdiri daripada histogram dan garisan isyarat. Apabila menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indikator ini dalam kombinasi dengan corak trend (saluran dan garisan trend).
Pengumuman penting dan laporan ekonomi yang boleh didapati pada kalendar ekonomi boleh mempengaruhi trajektori pasangan mata wang secara serius. Oleh demikian, semasa penerbitan, kami menyarankan berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan volatiliti harga yang mendadak.
Pedagang baharu di Forex perlu memahmi dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dagangan dalam jangka masa yang panjang.