Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Apakah yang perlu diberikan perhatian pada 12 April? Ringkasan acara asas.

parent
Analisis Forex:::2023-04-12T05:23:08

Apakah yang perlu diberikan perhatian pada 12 April? Ringkasan acara asas.

Analisis laporan ekonomi makro:

Apakah yang perlu diberikan perhatian pada 12 April? Ringkasan acara asas.

Pada hari Rabu, akan terdapat beberapa acara makroekonomi di dunia. Kami terutamanya berminat dengan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. Kesatuan Eropah tidak akan mengeluarkan sebarang laporan. Sebaliknya, Amerika Syarikat akan mengeluarkan laporan inflasi pentingnya bagi bulan Mac, yang juga amat bercanggah. Percanggahan terletak pada fakta bahawa penunjuk utama telah jatuh selama 8 atau 9 bulan berturut-turut, dan tiada siapa yang meragui bahawa laporan terkini akan menunjukkan kelembapan baharu. Sebaliknya, inflasi teras telah jatuh sejak 5 bulan lalu tetapi ia mungkin tiba-tiba menunjukkan pertumbuhan kali ini. Apakah perbezaan antara penunjuk ini dan apakah halangannya?

Halangannya adalah ialah Rizab Persekutuan, menurut wakilnya, memberi lebih perhatian kepada inflasi teras (tidak termasuk harga tenaga dan makanan). Jika penunjuk ini tidak perlahan pada akhir bulan Mac, ini bermakna Fed perlu menaikkan lagi kadar faedah utama, yang merupakan perkara yang baik untuk dolar. Penunjuk inflasi utama dianggap sebagai titik rujukan keseluruhan, dan ia berkemungkinan jatuh kepada 5.2-5.3%, yang dengan ketara mengurangkan kebarangkalian pengetatan dasar monetari Fed yang lebih agresif, dan perkara ini adlah bertentangan untuk dolar. Jadi persoalan utama ialah: sejauh manakah nilai sebenar sepadan dengan ramalan, dan penunjuk yang manakah akan diberi perhatian lebih oleh pedagang? Adalah mustahil untuk menjawab soalan-soalan ini, jadi kita harus bersedia untuk sebarang keputusan.

Apakah yang perlu diberikan perhatian pada 12 April? Ringkasan acara asas.

Analisis acara fundamental:

Antara acara itu, saya akan mengetengahkan ucapan Naib Presiden Bank Pusat Eropah Luis de Guindos, serta dua ucapan oleh Gabenor Bank of England Andrew Bailey. Dalam kedua-dua kes, pasaran akan menjangkakan ulasan baharu mengenai dasar monetari dan kadar faedah. Ambil perhatian bahawa kedua-dua pegawai mungkin tidak mengulas mengenai topik yang digemari oleh pedagang. Oleh demikian, segala-galanya bergantung pada apa sebenarnya yang dikatakan oleh de Guindos dan Bailey, serta betapa kuatnya pendirian mereka.

Kesimpulan umum:

Rabu menjanjikan agak menarik, sekurang-kurangnya disebabkan oleh laporan inflasi AS. Walau bagaimanapun, sila ingat bahawa kedua-dua pasangan utama telah bergerak dengan cara yang tidak logik selama beberapa minggu sekarang. Euro dan pound, secara umumnya, secara terus meningkat, walaupun terdapat lebih sedikit sebab untuk ini berbanding pertumbuhan dolar. Pada hari Rabu, situasi mungkin timbul di mana pasaran hanya mentafsir laporan inflasi yang memihak kepada euro dan pound, tanpa memberi perhatian kepada nilai sebenar data.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat ditentukan oleh masa isyarat itu diambil untuk terbentuk (lantunan atau penembusan tahap). Lebih cepat ia terbentuk, lebih kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih kedudukan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Ambil Untung (TP) atau menguji tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya pada tahap ini harus diabaikan.

3) Apabila berdagang secara mendatar, pasangan boleh membentuk berbilang isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Walau apa pun, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang pada isyarat pertama pergerakan mendatar.

4) Dagangan harus dibuka dalam tempoh antara permulaan sesi Eropah dan pertengahan waktu dagangan AS apabila semua kedudukan perlu ditutup secara manual.

5) Anda boleh berdagang menggunakan isyarat dari indikator MACD pada carta masa 30 minit hanya di tengah-tengah volatiliti yang kuat dan trend yang jelas yang harus disahkan oleh garisan trend atau saluran trend.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 pip), ia harus dianggap sebagai tahap sokongan dan rintangan.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Ambil Untung (TP) berhampiran tahap ini.

Garisan merah ialah saluran atau garisan trend yang memaparkan trend semasa dan menunjukkan ke arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikator MACD (14, 22, dan 3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indikator ini dalam kombinasi dengan corak trend (saluran dan garisan trend).

Pengumuman penting dan laporan ekonomi yang tersedia pada kalendar ekonomi boleh mempengaruhi trajektori pasangan mata wang secara serius. Oleh demikian, semasa penerbitan, kami menyarankan berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan volatiliti harga yang mendadak.

Pedagang baharu di Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...