Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 12 April.

parent
Analisis Forex:::2023-04-12T08:11:15

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 12 April.

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD

Euro dilihat telah menguji tahap 1.0898 sewaktu garis MACD baru mula bergerak naik di atas sifar, yang merupakan alasan cukup baik untuk peniaga membuka pesanan membeli. Ini telah mengakibatkan kenaikan harga kira-kira 20 pip. Tiada isyarat pasaran lain yang muncul sepanjang hari semalam.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 12 April.

Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan kukuh pada Selasa, didorong oleh data yang baik mengenai keyakinan pelabur dan pengurangan kurang aktif dalam jumlah jualan runcit di zon Eropah. Kenyataan ahli FOMC, Austan Goolsbee dan Patrick Harker juga tidak membenarkan dolar AS untuk memulihkan kedudukannya.

Hari ini, kalendar ekonomi di zon Eropah kosong, oleh yang demikian, pasangan mata wang ini diramalkan akan sedikit menurun pada sebelah pagi. Ucapan wakil ECB yang akan datang juga mempunyai sedikit kepentingan kepada pasaran kerana terdapat laporan yang lebih penting untuk diperhatikan iaitu laporan harga pengguna dan inflasi teras dari AS yang dijadualkan akan dikeluarkan pada petang ini. Penurunan inflasi yang lebih besar daripada jangkaan akan membawa kepada kenaikan kukuh dalam euro, manakala peningkatan atau tiada perubahan akan mendorong kepada kejatuhan yang sangat mendadak. Minit mesyuarat Fed tidak akan menjadi sangat penting kerana sudah jelas kepada semua orang bahawa pendirian jawatankuasa itu kekal tidak berubah dan bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0937 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0996. Pertumbuhan harga boleh berlaku jika terdapat penurunan yang mendadak dilaporkan dalam inflasi AS. Namun adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar atau mula bergerak naik daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli euro pada tahap 1.0895; walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jual (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.0937 dan 1.0996.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0895 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0840. Tekanan akan kembali jika laporan menunjukkan bahawa inflasi AS meningkat pada Mac tahun ini. Namun adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan bahawa garis MACD berada di bawah sifar atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.0937; walau bagaimanapun garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih beli (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.0895 dan 1.0840.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 12 April.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...