Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD
Euro dilihat telah menguji tahap 1.1049 apabila garis MACD baru mula bergerak turun di bawah sifar, yang merupakan alasan yang baik untuk membuka pesanan jual. Ini mengakibatkan penurunan harga lebih 30 pip.
Data CPI dari Perancis dan Sepanyol telah diabaikan, begitu juga dengan ucapan dari ahli ECB Joachim Nagel. Ini kerana pemain pasaran memberi tumpuan kepada laporan penjualan runcit, yang menguncup lebih daripada yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, menjelang dagangan di sebelah petang, pertumbuhan dalam pengeluaran perindustrian dan angka yang baik pada sentimen pengguna dan jangkaan inflasi daripada Universiti Michigan membantu permintaan dolar AS untuk pulih, jadi terdapat penurunan pada pasangan mata wang EUR/USD.
Kalendar ekonomi kosong pada hari ini, jadi semua perhatian akan tertumpu pada ucapan wakil ECB. Pengerusi Christine Lagarde mungkin mengesahkan pendirian bank yang masih "hawkish", yang akan membantu mengukuhkan euro pada pagi ini. Pada sebelah petang, AS akan mengeluarkan laporan Indeks Pembuatan Negeri Empire NY. Walau bagaimanapun, ia hanya akan menarik sedikit minat, oleh yang demikian, pembetulan harga berkemungkinan akan diteruskan.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.1006 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1042. Pertumbuhan harga mungkin akan berlaku selepas komen dari ahli politik Eropah. Namun adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar atau mula bergerak naik daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli euro pada tahap 1.0980, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jual (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.1006 dan 1.1042.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0980 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahapa 1.0951. Tekanan mungkin kembali pada sebelah petang. Namun adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan bahawa garis MACD berada di bawah sifar atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.1006, walau bagaimanapun garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih beli (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.0980 dan 1.0951.
Apa yang terdapat pada carta:
Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.
Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.
Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.
Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.