Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ramalan awal untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 18/04/2023

parent
Analisis Forex:::2023-04-18T07:37:36

Ramalan awal untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 18/04/2023

Presiden Rizab Persekutuan (Fed), Richmond Thomas Barkin membuat kenyataan yang mengukuhkan lagi mata wang dolar AS. Pada pendapat beliau, sebelum bercakap tentang pemotongan kadar, adalah perlu bukan sahaja untuk menurukan inflasi kepada tahap sasaran, iaitu 2.0%, tetapi juga untuk mengesahkan bahawa ia stabil pada nilai yang dikehendaki. Kata-kata sedemikian serta-merta meningkatkan peluang pertumbuhan selanjutnya dalam kadar pembiayaan semula Rizab Persekutuan. Selain itu, hari ini dolar AS cenderung untuk mengukuhkan lagi kedudukannya. Kali ini, walai bagaimanapun, ia disebabkan oleh data makro. Khususnya, terima kasih kepada peningkatan jangkaan dalam kadar pengangguran di United Kingdom daripada 3.7% kepada 3.8%.

Kadar Pengangguran (United Kingdom)

Ramalan awal untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 18/04/2023

Pound Britain menghampiri paras rendah minggu lepas berbanding dolar AS semasa penarikan semula harga, iaitu sekitar tahap 1.2350. Dalam kes ini, nilai ini bertindak sebagai tahap sokongan berubah-ubah di mana kita boleh melihat penurunan dalam volum pesanan jual.

Pada carta empat jam, indikator teknikal RSI berlegar di kawasan bawah 30/50, yang sepadan dengan penarikan semula harga. Pada carta harian, RSI berlegar di kawasan atas 50/70, menunjukkan aliran menaik dalam jangka sederhana.

Pada carta empat jam, MA Alligator menuju ke arah bawah, yang sepadan dengan penarikan semula semasa. Pada pertengahan penggal, MA Alligator menuju ke arah atas yang mencerminkan pergerakan sebut harga.

Ramalan awal untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 18/04/2023

Tinjauan

Untuk mengubah penarikan semula kepada pembetulan skala penuh, pasangan mata wang ini perlu kekal berdagang di bawah tahap 1.2350. Jika tidak, koordinat ini akan menjadi sokongan dari mana peningkatan beransur-ansur dalam pesanan beli akan muncul. Dalam kes ini, sebut harga akan kembali diniagakan ke paras tinggi tempatan bagi arah aliran jangka sederhana.

Dari segi analisis indikator yang kompleks, kita melihat bahawa dalam tempoh jangka pendek dan intraday, indikator teknikal menunjukkan penarikan semula harga. Sementara itu, dalam tempoh pertengahan penggal, indikator mencerminkan kitaran menaik.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...