Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD telah menembusi di atas 61% daripada gelombang penurunan terakhir dan sudah mencecah tahap 1.2206 semasa penarikan semula. Rintangan teknikal utama masih terletak pada tahap 1.2271 dan hanya penembusan harga yang kuat dan berterusan di atas tahap ini akan mengubah keadaan semasa menjadi lebih menaik. Sokongan teknikal urusniaga harian terletak pada tahap 1.2161. Sila ambil perhatian, bahawa walaupun terdapat kemungkinan berlakunya penarikan semula harga, gambaran untuk dagangan jangka pertengahan kekal menurun disebabkan oleh persilangan menurun 50 dan 100 DMA pada carta Haarian dan momentum pada carta 4 Jam masih lemah dan negatif.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3-1.22283
WR2-1.22075
WR1-1.21985
Pivot Mingguan-1.21867
WS1-1.21777
WS2-1.21659
WS3-1.21451
Tinjauan Dagangan:
Kenaikan harga ditolak pada rintangan teknikal utama yang terletak pada tahap 1.3163 dan penembusan di atas tahap ini diperlukan untuk melanjutkan aliran menaik ke arah ayunan tinggi mingguan terakhir yang dilihat pada 1.4248. Carta masa mingguan menunjukkan corak graf lilin penurunan harga dibuat semasa percubaan penembusan di atas 1.3163, jadi sekarang penurunan harga mengendalikan pasaran. Sebarang penembusan berterusan di bawah sokongan teknikal yang dilihat pada tahap 1.1802 secara dramatik akan meningkatkan peluang untuk turun ke tahap 1.1494.