Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 28 April. Laporan COT. Pound kekal diniagakan dalam saluran mendatar sehingga hujung bulan

parent
Analisis Forex:::2023-04-28T07:49:51

GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 28 April. Laporan COT. Pound kekal diniagakan dalam saluran mendatar sehingga hujung bulan

Semalam, terdapat beberapa kemasukan pesanan. Sekarang, mari kita kita lihat carta 5 minit dan ketahui apa yang sebenarnya telah berlaku. Terdahulu, saya telah meminta anda memberikan perhatian kepada tahap 1.2454 untuk memutuskan bila untuk memasuki pasaran. Kejatuhan dan penembusan harga berlaku tanpa ujian pembalikan harga, jadi tiada isyarat untuk kemasukan pesanan beli. Begitu juga tiada penyatuan yang tepat dan ujian pembalikan harga pada tahap 1.2454 ke arah atas, oleh itu, tiada isyarat untuk kemasukan pesanan jual. Pada bahagian kedua hari semalam, penembusan harga palsu pada tahap 1.2485 telah menawarkan isyarat pesanan jual, selepas itu pound merosot lebih daripada 40 pip. Pada penghujung hari, kenaikkan harga cuba untuk melonjak naik di atas tahap 1.2454, tetapi ia berakhir dengan kegagalan.

GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 28 April. Laporan COT. Pound kekal diniagakan dalam saluran mendatar sehingga hujung bulan

Syarat untuk membuka pesanan beli pasangan mata wang GBP/USD:

Memandangkan ketiadaan laporan statistik fundamental di UK hari ini, kenaikan harga pound akan mempunyai peluang yang baik untuk kembali ke had atas saluran mendatar, tetapi mengemas kini tahap tinggi bulanan tidak mungkin berlaku pada akhir bulan. Tumpuan kemudiannya akan beralih kepada laporan inflasi AS, yang akan kita bincangkan semasa sesi dagangan AS.

Kenaikan harga mesti melindungi sokongan perantaraan pada tahap 1.2461, terbentuk semalam. Saya percaya bahawa senario optimum adalah kejatuhan dan penembusan harga palsu pada tahap ini, yang akan memberikan isyarat membuka pesanan beli dengan prospek lonjakan harga kepada tahap 1.2500, had atas saluran mendatar. Penembusan harga palsu dan penyatuan di atas tahap ini akan membawa kepada isyarat beli yang lain, dengan prospek melepasi tahap 1.2511. Sasaran yang lebih jauh ialah tahap 1.2543, tahap tinggi bulan ini, di mana saya akan mengambil keuntungan.

Jika kenaikan harga gagal untuk menolak pasangan mata wang ini kepada tahap 1.2461, di atas tahap ini adalah di mana purata bergerak (MA) yang menguntungkan kenaikan harga melepasi, tekanan ke atas pound akan kembali. Dalam kes ini, saya akan menasihati anda untuk tidak tergesa-gesa membeli dan membuka pesanan beli hanya berhampiran tahap sokongan 1.2437 dan hanya selepas penembusan harga palsu berlaku. Anda boleh membuka pesanan beli pasangan mata wang GBP/USD pada lantunan harga daripada tahap rendah 1.2413, dengan mengambil kira pembetulan urusniaga harian menaik sebanyak 30-35 pip.

Syarat untuk membuka pesanan jual pasangan mata wang GBP/USD

Trend menurun telah berulang kali membuktikan kehadirannya berhampiran tahap 1.2500, tetapi tahap ini telah diuji sebanyak tiga kali, jadi ia mungkin tidak dapat bertahan dengan serangan lain. Walaupun, ia adalah akhir bulan dan minggu, jadi ia adalah lebih baik untuk penurunan harga. Ketidakupayaan kenaikkan harga untuk melonjak di atas tahap 1.2500, serta penembusan harga palsu akan memberi peluang kepada pound untuk mendapatkan semula tekanan, dan ujian harga pada tahap 1.2461, di mana purata bergerak (MA) yang memanfaatkan kenaikan harga sedang melepasi. Penembusan dan ujian menaik akan meningkatkan tekanan pada pound, membentuk isyarat jual, pound berpotensi untuk jatuh kepada taha[ 1.2437. Sasaran yang lebih jauh adalah pada tahap rendah 1.2413, di mana saya akan mengambil keuntungan.

Jika pasangan mat awang GBP/USD meningkat dan trend menurun tidak aktif pada 1.2500, yang mana ini adalah tidak mungkin, saya akan menasihati anda untuk menangguhkan hasrat untuk membuka pesanan jual sehingga ujian rintangan seterusnya pada tahap 1.2515 berlaku. Hanya penembusan harga palsu pada tahap ini akan menawarkan entri masuk kepada pesanan jual. Jika tiada pergerakan menurun di sana, anda boleh menjual pasangan mata wang GBP/USD pada lantunan harga daripada tahap tinggi 1.2543, dengan mengambil kira pembetulan urusniaga harian menurun sebanyak 30-35 pip.

GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 28 April. Laporan COT. Pound kekal diniagakan dalam saluran mendatar sehingga hujung bulan

Laporan COT:

Laporan COT (Komitmen Pedagang) untuk 11 April mencatatkan kenaikan dalam pesanan beli dan penurunan dalam pesanan jual. Data terkini mengenai UK memberi harapan kepada pedagang untuk kenaikan kadar faedah selanjutnya di UK, yang mengekalkan minat dalam pound. Memandangkan dasar agresif Rizab Persekutuan akan berakhir, dan Bank of England tidak mempunyai pilihan selain terus menaikkan kadar faedah, melawan inflasi dua angka, kita boleh menjangkakan permintaan berterusan untuk pound. Pembetulan akan menjadi alasan yang baik untuk memasuki pesanan beli. Menurut laporan COT terkini, pesanan jual bukan komersial berkurangan sebanyak 3,882 kepada 57,326, manakala pesanan beli bukan komersial melonjak sebanyak 8,513 kepada paras 54,928. Ini membawa kepada pengurangan mendadak dalam nilai negatif kedudukan bersih bukan komersial kepada -2,398 berbanding -14,793 seminggu sebelumnya. Pengurangan telah berlaku untuk minggu ketiga berturut-turut, yang juga mengesahkan sifat kenaikan harga pasaran. Harga penutup mingguan jatuh kepada 1.2440 daripada 1.2519.

GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 28 April. Laporan COT. Pound kekal diniagakan dalam saluran mendatar sehingga hujung bulan

Isyarat indikator:

Moving Averages

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di atas Purata Bergerak (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan bahawa aliran menaik telah kembali ke pasaran.

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Jika pasangan mata wang GBP/USD menurun, had bawah indikator sekitar 1.2450 akan bertindak sebagai sokongan.

Huraian Indikator:

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Pesanan menjual (Shot) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...