Menganalisis dagangan Isnin:
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit
Pasangan mata wang GBP/USD ini telah menyaksikan sedikit pembetulan pada Isnin. Walaupun terdapat penarikan semula menurun sebanyak beberapa dozen mata selepas harga meningkat sebanyak 860 mata dalam tempoh dua bulan lepas namun ia bukanlah pembetulan atau penarikan semula harga. Ia hanyalah gangguan pasaran di tengah-tengah kalendar acara fundamental yang kosong. Tiada laporan penting yang diterbitkan sama ada di UK atau AS pada semalam. Oleh itu, volatiliti pasaran bersamaan dengan 45 mata dijelaskan dengan mudah. Garis arah aliran menaik (satu lagi berturut-turut) kekal relevan, dan penyatuan harga di bawahnya boleh menandakan segalanya tetapi penurunan selanjutnya mata wang British. Adalah diingatkan bahawa penembusan harga pada empat garis aliran menaik sebelumnya tidak membawa kepada pembetulan harga. Pound terus terlebih beli (overbought), menunjukkan pertumbuhan yang tidak logik. Dan walaupun pengukuhannya adalah logik, tidak ada pembetulan harga, yang mana ini adalah aneh untuk mana-mana pergerakan dengan latar belakang fundamental.
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit
Tidak terdapat banyak isyarat dagangan pada carta 5 minit untuk disenaraikan pada Isnin. Hanya terdapat satu isyarat dagangan yang telah terbentuk di sekitar tahap 1.2659, yang mana ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dengan jumlah volatiliti untuk hari semalam. Adalah lebih baik terdapat hanya satu isyarat dagangan yang terbentuk, dan pergerakan itu tidak sepenuhnya mendatar, jika tidak, sejumlah besar isyarat palsu dijangkakan. Pada isyarat kemasukan pesanan jual, pedagang boleh membuka pesanan jual, tetapi pada penghujung hari, pasangan mata wang ini gagal mencapai tahap sasaran terdekat 1.2616. Oleh itu, pesanan itu sepatutnya ditutup secara manual dengan keuntungan kira-kira 15 mata menjelang dagangan sebelah petang. Namun ini adalah lebih baik daripada tiada keuntungan langsung.
Tip dagangan pada Selasa:
Berdasarkan kepada carta 30 minit, pasangan mata wang GBP/USD ini telah meneruskan dagangan ke tahap yang lebih tinggi dalam jangka sederhana, atau sekurang-kurangnya ia tidak jatuh, yang jelas kelihatan pada carta 4 Jam, dan juga pada carta yang lebih besar. Pergerakan harga sebahagian besarnya adalah tidak logik, begitu juga reaksi pasaran terhadap acara fundamental dan makroekonomi, yang dibuktikan sekali lagi pada Jumaat. Kita hanya boleh memerhatikan pertumbuhan pound yang belum pernah berlaku sebelum ini. Pada carta 5 minit, anda boleh berdagang pada tahap berikut; 1.2466-1.2477, 1.2507-1.2520, 1.2577-1.2597-1.2616, 1.2659-1.2674, 1.2697, 1.2772, dan 1.2772. Sebaik sahaja harga melepasi 20 pip ke arah yang betul, anda harus menetapkan pesanan Stop Loss kepada titik pulang modal. Pada Selasa, tiada acara ekonomi yang menarik dijadualkan di UK dan AS. Pasangan mata wang ini cenderung untuk melanjutkan kenaikan harga ke tahap yang lebih tinggi kerana tiada sebab dan faktor yang diperlukan untuk ini, tetapi terdapat juga kebarangkalian yang tinggi untuk mendatar pada Selasa.
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Pada carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.