Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 10 Mei 2023. Komitmen Pedagang. Gambaran keseluruhan untuk dagangan semalam. Trend penurunan harga dilanjutkan

parent
Analisis Forex:::2023-05-10T07:56:50

EUR/USD: pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 10 Mei 2023. Komitmen Pedagang. Gambaran keseluruhan untuk dagangan semalam. Trend penurunan harga dilanjutkan

Semalam, terdapat beberapa isyarat untuk kemasukan pesanan telah dibentuk. Mari kita lihat carta 5 minit untuk mendapatkan gambaran tentang apa yang sebenarnya telah berlaku. Saya mempertimbangkan untuk memasuki pasaran daripada tahap 1.1000. Pertumbuhan dan penembusan harga palsu melalui tahap 1.1000 telah menghasilkan isyarat kemasukan pesanan jual yang sangat baik, yang mengakibatkan kejatuhan hampir 30 pip. Pada separuh kedua hari itu, kenaikan harga telah menawarkan titik masuk sekitar tahap 1.0944, dan pasangan mata wang ini meningkat lebih daripada 30 pip.

EUR/USD: pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 10 Mei 2023. Komitmen Pedagang. Gambaran keseluruhan untuk dagangan semalam. Trend penurunan harga dilanjutkan

Bilakah hendak membuka pesanan beli pada pasangan mata wang EURUSD:

Euro telah menghadapi sedikit tekanan menjelang pengumuman laporan inflasi AS kerana data ini mampu mengubah sentimen pasaran. Kami akan bercakap tentang laporan makro ini secara terperinci dalam ramalan untuk separuh kedua hari ini. Angka untuk indeks harga pengguna Jerman telah pun dikeluarkan. Bacaannya adalah sejajar dengan jangkaan ahli ekonomi. Wakil Bundesbank Balz dan Wuermeling akan dijadualkan akan menyampaikan ucapan pada hari ini.

Dengan dagangan euro yang lebih rendah, pembeli bergantung pada reaksi kenaikan harga terhadap data AS. Pada pendapat saya, adalah lebih baik untuk membuka pesanan beli pada pembetulan harga daripada tahap sokongan 1.0944, yang telah membuktikan kekuatannya beberapa kali. Penembusan harga palsu di sana akan menawarkan titik masuk pesanan beli dengan sasaran terletak pada tahap 1.0973, sejajar dengan Purata Bergerak (MA). Penembusan dan ujian penurunan harga pada julat ini, selepas wakil Bundesbank berucap, berkemungkinan akan berlaku peningkatan permintaan untuk euro dan mewujudkan titik kemasukan pesanan beli tambahan, menyasarkan tahap tinggi 1.1000. Sasaran paling jauh kekal berada di kawasan 1.1029, di mana saya akan menetapkan keuntungan.

Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD diniagakan lemah dan ketiadaan pembeli pada tahao 1.0944, yang juga agak berkemungkinan, pembeli akan kehilangan kawalan ke atas pasaran sepenuhnya. Ini akan menandakan permulaan aliran menurun. Hanya penembusan harga palsu melalui tahap sokongan seterusnya pada 1.0911 akan membentuk isyarat kemasukan pesanan beli euro. Saya akan membuka pesanan beli serta-merta pada lantunan harga daripada tahap rendah 1.0867, dengan mengandaikan pembetulan menaik sebanyak 30-35 pip intraday.

Bilakah hendak membuka pesanan jual pada pasangan mata wang EURUSD:

Tugas penting untuk penjual hari ini adalah untuk melindungi rintangan perantaraan pada tahap 1.0973. Harga kini diniagakan berhampiran tahap ini. Hanya penembusan harga palsu melalui tahap ini, bersama-sama dengan data yang lemah, akan memberikan isyarat pesanan jual, menyasarkan tahap 1.0944. Selepas harga mengukuh di bawah julat ini, serta ujian semula menaik, harga akan menuju ke arah tahap 1.0911. Sasaran paling jauh dilihat pada tahap rendah 1.0867, di mana saya akan menetapkan keuntungan.EUR/USD: pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 10 Mei 2023. Komitmen Pedagang. Gambaran keseluruhan untuk dagangan semalam. Trend penurunan harga dilanjutkan

Sekiranya terdapat pertumbuhan harga pada pasangan mata wang EUR/USD semasa sesi dagangan Eropah dan ketiadaan penjual pada 1.0973, pembeli akan cuba untuk mendapatkan semula kawalan ke atas pasaran dan menghentikan aliran menurun. Oleh itu, saya akan membuka pesanan jual daripada tahap 1.1000 selepas kegagalan penyatuan harga. Saya juga akan membuka pesanan jual serta-merta pada lantunan harga daripada tahap tinggi 1.1029, dengan mengandaikan pembetulan menurun sebanyak 30-35 pip.

Laporan COT untuk 2 Mei mencatatkan peningkatan dalam pesanan beli dan penurunan dalam pesanan jual. Laporan ini belum lagi mengambil kira perubahan ketara yang berlaku dalam pasaran selepas mesyuarat Rizab Persekutuan dan Bank Pusat Eropah pada minggu lepas. Jadi, peniaga jangan terlalu fokus padanya. Kedua-dua bank pusat menaikkan kadar sebanyak 0.25%, mengekalkan keseimbangan pasaran sambil membenarkan kenaikan aset berisiko menjangkakan pertumbuhan selanjutnya. Tiada data penting yang dijadualkan akan dikeluarkan pada minggu ini, oleh yang demikian, peniaga boleh berehat sedikit. Menurut laporan COT, pesanan beli bukan komersial meningkat sebanyak 3,316 kepada 246,832, dan kpesanan jual bukan komersial turun sebanyak 773 kepada 73,343. Hasilnya, pesanan bersih bukan komersial keseluruhan meningkat kepada 173,489 daripada 144,956, dicatatkan seminggu sebelumnya. Harga penutupan mingguan merosot kepada 1.1031 daripada 1.1039.

EUR/USD: pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 10 Mei 2023. Komitmen Pedagang. Gambaran keseluruhan untuk dagangan semalam. Trend penurunan harga dilanjutkan

Isyarat Indikator:

Purata Bergerak (MA)

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan dalam kawasan Purata Bergerak (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan trend mendatar.

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Sokongan berada pada tahap 1.0944, sejajar dengan sempadan lebih rendah.

Huraian Indikator:

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Pesanan menjual (Shot) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...