Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 23 Mei

parent
Analisis Forex:::2023-05-23T07:03:17

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 23 Mei

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD

Ujian harga pada tahap 1.2446 bertepatan dengan masa sewaktu garis MACD baru sahaja mula turun daripada sifar, yang merupakan alasan yang baik untuk membuka pesanan jual. Ini mengakibatkan penurunan harga lebih kurang 30 pip.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 23 Mei

Pasangan mata wang GBP/USD berkemungkinan akan diniagakan tidak menentu hari ini berikutan pendengaran parlimen mengenai laporan dasar monetari Bank of England (BoE) dijadualkan, dan Gabenor Bank of England Andrew Bailey dijangka akan berucap. Kenyataan beliau mengenai memerangi inflasi sepatutnya menggalakkan lebih banyak pembelian dalam pound. Walau bagaimanapun, data mengenai aktiviti perniagaan dalam kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan berkemungkinan turut mempengaruhi pasaran, bergantung pada angka Mei. Angka yang lebih baik daripada jangkaan adalah merupakan satu lagi sebab untuk membeli pasangan mata wang ini.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.2438 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2438 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pertumbuhan harga boleh berlaku selepas data ekonomi yang positif. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa apabila anda membuka pesanan membeli, garis MACD harus melebihi sifar atau mula meningkat daripadanya. Pound juga boleh dibeli selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 1.2414, namun, garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jual (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.2438 dan 1.2476.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.2414 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2385. Tekanan akan meningkat selepas percubaan pembetulan yang tidak berjaya. Walau bagaimanapun, sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Pound juga boleh dijual selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 1.2438, namun garis MACD harus berada di kawasan terlebih beli (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.2414 dan 1.2385.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 23 Mei

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau - titik masuk harga di mana anda boleh membeli pasangan GBP/USD

Garis tebal? hijau tebal - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.

Garis halus ?merah - harga kemasukan di mana anda boleh menjual pasangan GBP/USD

Garis tebal? merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini tidak mungkin.

Garisan MACD- adalah penting untuk berpandukan oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran

Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...