Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 6 Jun

parent
Analisis Forex:::2023-06-06T08:06:40

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 6 Jun

Data aktiviti perniagaan yang lebih teruk di Amerika Syarikat (AS) telah mendorong pembetulan dolar AS yang sangat dijangka, kerana aktiviti perkhidmatan dilaporkan berada pada 54.9 mata dan aktiviti perniagaan komposit mencapai tahap 54.3 mata. Walaupun indeks menunjukkan peningkatan yang sangat sedikit jika dibandingkan dengan data bulan sebelumnya, pertumbuhan sederhana itu cukup untuk pemain pasaran menarik dolar terlebih beli (overbought).

Walau bagaimanapun, dolar AS kekal terlebih beli (overbought) dengan ketara, dan pasaran akan terus merebut sebarang peluang untuk melemahkan lagi mata wang. Data jualan runcit di zon Eropah yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini mungkin memenuhi tujuan ini, terutamanya kerana kadar penurunannya boleh menunjukkan kelembapan daripada -3.8% kepada -3.7%.

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 6 Jun

Pasangan mata wang EUR/USD meningkat sedikit apabila arah aliran menurun menjadi perlahan di sekitar tahap 1.0680. Jika sebut harga terus meningkat di atas tahap 1.0750, kitaran menaik akan terbentuk, akhirnya membawa kepada ujian semula tahap tinggi tempatan minggu lepas. Bagi senario penurunan harga, penyatuan harga di bawah tahap 1.0700 boleh meningkatkan volum pesanan menjual.

Lantunan harga boleh diperhatikan pada pasangan mata wang GBP/USD, bermula dari tahap sokongan sekitar 1.2350. Kekal berdagang di atas tahap 1.2450 akan membawa kepada peningkatan selanjutnya pada pasangan mata wang ini, manakala kembali berdagang di bawah tahap tahap 1.2400 akan mendorong kepada percubaan lain untuk pasangan mata wang GBP/USD ini menembusi tahap sokongan 1.2350.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...