Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Tip dagangan untuk pedagang baru. Gambaran keseluruhan dagangan semalam. Pasangan mata wang GBP/USD pada 6 Jun 2023

parent
Analisis Forex:::2023-06-06T08:34:26

Tip dagangan untuk pedagang baru. Gambaran keseluruhan dagangan semalam. Pasangan mata wang GBP/USD pada 6 Jun 2023

Analisis dan tip bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Perkhidmatan ISM yang mencatatkan bacaan di bawah ramalan telah mendorong kepada pertumbuhan pound sterling semalam. Kalendar makroekonomi UK kosong pada hari ini. Pembeli mungkin akan menolak pasangan mata wang ini lebih jauh. Jika PMI pembinaan UK meningkat, pasangan mata wang GBP/USD ini cenderung untuk melanjutkan aliran menaik, dan saya akan membuka pesanan membeli mengikut Senario 1. Saya akan menumpukan perhatian pada penurunan harga daripada tahap 1.2426 untuk menggunakan Senario 2 pada separuh pertama hari ini.

Tip dagangan untuk pedagang baru. Gambaran keseluruhan dagangan semalam. Pasangan mata wang GBP/USD pada 6 Jun 2023

Isyarat untuk membeli:

Senario 1: Saya akan membeli hari ini hanya selepas harga mencapai 1.2456 (garis hijau carta), mensasarkan ke tahap 1.2499 (garis hijau lebih tebal). Saya akan menutup pesanan beli dalam kawasan 1.2499 dan membuka pesanan menjual, dengan membenarkan pembetulan 30-35 pip dalam arah yang bertentangan daripada tahap harga. Pertumbuhan harga mungkin berlanjutan. Penting! Sebelum anda membeli instrumen, sila pastikan garis MACD harus melebihi sifar atau mula meningkat daripadanya.

Senario 2: Saya juga akan membuka pesanan membeli selepas harga menguji tahap 1.2426 sebanyak dua kali, dengan MACD berada dalam zon terlebih jual (oversold) pada ketika itu. Ini akan mengehadkan potensi penurunan pasangan mata wang GBP/USD dan membawa kepada pembalikan menaik dalam pasaran. Sebut harga mungkin pergi sama ada kepada tahap 1.2456 atau 1.2499.

Isyarat untuk menjual

Senario 1: Saya akan membuka pesanan menjual hari ini selepas harga menguji tahao 1.2426 (garis merah pada carta), yang akan menyebabkan kejatuhan nilai yang cepat. Sasaran menurun dilihat berada pada tahap 1.2380 di mana saya akan menutup pesanan menjual dan membuka pesanan membeli instrumen, membenarkan pembetulan 20-25 pip dalam arah yang bertentangan dari tahap harga. Pasangan mata wang ini mungkin merasakan tekanan jika PMI pembinaan UK merekodkan bacaan yang lebih teruk daripada yang dijangkakan. Penting! Sebelum anda menjual instrumen, garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Senario 2: Saya juga akan menjual instrumen selepas harga menguji tanda 1.2456 sebanyak dua kali, dengan MACD berada dalam zon terlebih beli (overbought) pada ketika itu. Ini akan mengehadkan potensi menaik pasangan mata wang ini dan membawa kepada pembalikan menurun dalam pasaran. Sebut harga kemudiannya boleh pergi sama ada kepada tahap 1.2426 atau 1.2380.

Indikator pada carta:

Garis halus hijau - titik masuk harga di mana anda boleh membeli pasangan GBP/USD

Garis tebal hijau tebal - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.

Garis halus merah - harga kemasukan di mana anda boleh menjual pasangan GBP/USD

Garis tebal merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini tidak mungkin.

Garisan MACD- adalah penting untuk berpandukan oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran

Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...