Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis fundamental untuk pedagang baru pada 9 Jun 2023.

parent
Analisis Forex:::2023-06-09T08:09:56

Analisis fundamental untuk pedagang baru pada 9 Jun 2023.

Analisis laporan makro:

Analisis fundamental untuk pedagang baru pada 9 Jun 2023.

Kalendar makroekonomi adalah kosong pada Jumaat. Oleh yang demikian, peniaga tidak akan mempunyai apa-apa untuk menarik perhatian mereka pada hari ini. Hanya terdapat satu acara yang dijadualkan akan berlangsung pada hari ini, tetapi ia tidak akan menjejaskan pasaran. Pasangan mata wang EUR/USD telah diniagakan dalam saluran mendatar, atau lebih tepatnya dalam saluran harga terhad. Lantunan harga daripada tahap 1.0792 boleh mencetuskan kejatuhan yang lebih curam daripada semalam tanpa sebarang sebab untuk itu. Baru-baru ini psangan mata wang GBP/USD telah meningkat, tetapi pertumbuhannya telah huru-hara dan tidak logik.

Analisis peristiwa fundamental:

Analisis fundamental untuk pedagang baru pada 9 Jun 2023.

Naib Presiden ECB, Luis de Guindos dijadualkan akan menyampaikan ucapan pada hari Jumaat. Ia akan menjadi ucapan kedua beliau minggu ini. ECB berkemungkinan akan terus meningkatkan kadar faedah. Bulan ini, kadar penanda aras dijangka dinaikkan sebanyak 25 mata asas lagi. Itulah sebabnya setiap ucapan baharu pegawai ECB hampir tidak menjejaskan sentimen pedagang.

Pandangan akhir:

Berdasarkan kepada kalendar makroekonomi yang kosong pada hari Jumaat, kami menjangkakan volatiliti pasaran yang rendah pada hari ini. Pergerakan kedua-dua pasangan mata wang semalam kelihatan pelik kerana kedua-duanya berada dalam aliran yang kukuh tanpa sebab. Secara keseluruhannya, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan menunjukkan kelemahan pada hari ini sama dengan kekuatan semalam.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...