Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD tidak lama lagi melonjak naik selepas melantun dari tahap 1.2186 dan kini menghampiri Anjakan semula Fibonacci 50% pada gelombang penurunan terakhir yang terletak pada 1.2308. Rintangan teknikal terletak pada 1.2336 sementara sokongan teknikal intraday pada 1.2198. Momentum pada carta 4 Jam kembali di atas tahap 50, oleh yang demikian, kenaikan harga sedang mendmominasi pasaran buat sementara. Sila ambil perhatian, bahawa prospek jangka pertengahan kekal melemah disebabkan oleh silangan menurun 50 dan 100 DMA pada carta Harian, selagi tahap 1.2466 (rintangan teknikal jangka panjang) tidak ditembusi dengan jelas, maka arah aliran menurun mungkin akan disambung semula tidak lama lagi.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3-1.2615
WR2-1.2522
WR1-1.2374
Pivot Mingguan-1.2281
WS1-1.2133
WS2-1.2040
WS3-1.1892
Tinjauan Dagangan:
Carta Mingguan menunjukkan bahawa corak graf lilin Engulfing Bullish telah dibentuk semasa penembusan harga di atas tahap 1.2340, oleh yang demikian, kenaikan harga mengawal pasaran dan ia mendorong harga untuk diniagakan lebih tinggi. Pasaran sudah berdagang di atas 50 WMA dan menuju ke arah 100 WMA yang dilihat pada tahap 1.2504. Sementara itu, sebarang penembusan harga berterusan di bawah sokongan teknikal jangka panjang utama yang dilihat pada tahap 1.1802 secara dramatik akan meningkatkan peluang untuk pasangan mata wang ini turun ke tahap 1.1494.