Menganalisis dagangan hari Isnin:
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit
Pasangan mata wang GBP/USD mengalami penurunan ketara pada hari Isnin, yang tidak dicetuskan oleh mana-mana latar belakang fundamental atau makroekonomi tertentu. Mata wang pound jatuh secara tiba-tiba, walaupun pergerakan sedemikian tidak mengejutkan memandangkan volatiliti semasa (kelihatan pada carta yang lebih besar). Pound terus diniagakan secara rawak dan tidak logik. Adalah sangat mungkin bahawa pada berita berimpak kuat dari UK dan AS pada esok, kita akan menyaksikan satu lagi siri ketidakrasionalan. Walau bagaimanapun, pada masa ini, pasangan mata wang ini telah jatuh ke garis aliran menaik. Jika ia melantun daripadanya, aliran menaik akan dikekalkan. Jika ia menembusi, pound mungkin terus menurun. Secara keseluruhan, kami menjangkakan penurunan ketara baharu dalam mata wang British, tetapi pasaran pada masa ini tidak bersetuju dengan kami. Keadaan mungkin berubah minggu ini kerana akan ada banyak acara penting.
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit
Sebanyak tiga isyarat dagangan telah dibentuk pada carta 5 minit, tetapi sebenarnya, hanya satu yang sah. Pada pertengahan sesi dagangan Eropah, pasangan mata wang ini melantun dengan tepat daripada tahap 1.2597, yang merupakan isyarat untuk membuka pesanan jual. Sememangnya, pedagang baru sepatutnya membuka pesanan jual pada masa itu. Selepas itu, pasangan mata wang ini jatuh ke tahap 1.2538 dan menembusinya, mencapai tahap 1.2499 dan melepasinya. Oleh itu, pesanan jual sepatutnya ditutup secara manual menjelang sesi dagangan petang (tiada isyarat untuk kemasukan pesanan beli terbentuk). Keuntungan daripada dagangan terbuka tunggal berjumlah sekitar 90 pip.
Tip dagangan pada hari Selasa:
Seperti yang dapat dilihat pada carta 30 Minit, pasangan mata wang GBP/USD ini telah menamatkan aliran menurun dan memulakan aliran menaik baharu dalam dagangan jangka pendek. Buat masa ini, pergerakan menaik tidak begitu kuat, tetapi pound masih meningkat manakala, sebagai contoh, euro hampir tidak bergerak. Rasional di sebalik pertumbuhan pound menimbulkan banyak persoalan. Kami percaya bahawa pound belum cukup melemah untuk membentuk aliran menaik yang kukuh, jadi kami sedang menunggu penurunan pound. Tahap utama pada carta 5 Minit ialah 1.2171-1.2179, 1.2245, 1.2307, 1.2372, 1.2457, 1.2499, 1.2538, 1.2597-1.2616, 1.26259. Apabila harga bergerak 20 pip ke arah yang betul selepas membuka dagangan, pesanna Stop loss hendaklah ditetapkan pada titik pulang modal. Di UK, laporan penting mengenai tahap pengangguran dan tuntutan pengangguran dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Selasa, sisihan harga boleh mencetuskan reaksi pasaran yang kuat. Perkara yang sama berlaku untuk laporan inflasi di AS.
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Bagaimana untuk membaca carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.