Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD dilihat sedang menghampiri tahap tinggi minggu lalu yang terletak pada tahap 1.2504 kerana kenaikan harga masih menguasai pasaran. Sokongan teknikal urusniaga harian dilihat berada pada tahap 1.2454 dan 1.2504 akan bertindak sebagai rintangan teknikal urusniaga harian. Rintangan teknikal utama seterusnya dan sasaran kenaikan harga terletak pada tahap 1.2550. Sila ambil perhatian, bahawa prospek dagangan jangka sederhana kekal menurun disebabkan oleh silangan menurun 50 dan 100 DMA pada carta Harian, selagi tahap 1.2550 (rintangan teknikal jangka panjang) tidak ditembusi dengan jelas, maka arah aliran menurun mungkin akan disambung semula tidak lama lagi.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.2868
WR2 - 1.2687
WR1 - 1.2575
Pivot Mingguan - 1.2394
WS1 - 1.2282
WS2 - 1.2101
WS3 - 1.1989
Tinjauan Dagangan:
Carta Mingguan menunjukkan bahawa corak graf lilin Bullish Engulfing telah dibentuk semasa penembusan harga di atas tahap 1.2340, oleh yang demikian, kenaikkan harga bertanggungjawab ke atas pasaran dan menolak harga lebih tinggi. Pasaran sudah berdagang di atas WMA 50 dan menuju ke arah WMA 100 yang dilihat terletak pada tahap 1.2504. Sebaliknya, sebarang penembusan harga yang berterusan di bawah sokongan teknikal jangka panjang utama pada tahap 1.1802 secara mendadak akan meningkatkan peluang satu lagi penurunan harga ke arah tahap 1.1494.