Selamat petang, pedagang yang dikasihi! Pasangan mata wang EUR/USD telah mengukuh berhampiran 1.0917, tahap pembetulan Fibonacci pada 76.4% pada Selasa. Ia bergerak dalam koridor harga menaik. Oleh itu, ia boleh meningkat ke tahap 1.0966 kerana sentimen pasaran kekal menaik. Jika pasangan itu menembusi koridor harga, ia mungkin jatuh kepada 1.0843 dan 1.0784. Volume dagangan kekal rendah disebabkan kekurangan laporan ekonomi.
Semalam, peniaga menganalisis data permit bangunan, yang sedikit melebihi jangkaan mereka. Dolar AS meningkat berikutan laporan ini. Walau bagaimanapun, pada penghujung hari, pasangan mata wang ini boleh dikatakan tidak berubah. Hari ini, acara utama ialah ucapan Jerome Powell di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat. Sentimen pasaran pada hari Rabu akan bergantung pada ucapannya dan jawapan Powell kepada soalan ahli kongres. Sejak minggu lepas Powell membuat komen "hawkish". Fed telah pun menaikkan kadar utama kepada 5.25%. Bagaimanapun, ia diunjurkan akan menaikkan kadar sekali atau dua kali jika inflasi menurun secara perlahan.
Walau bagaimanapun, ECB juga mungkin menaikkan kadar faedah satu atau dua kali lagi. Ini bermakna bahawa euro juga akan meningkat. Saya menganggap bahawa sekarang adalah lebih baik untuk berdagang mengikut arah aliran, yang dilihat pada carta 1 Jam. Penurunan harga di bawah tahap ini akan mencetuskan pergerakan menurun tanpa mengira berita atau peristiwa baharu. Dan begitu juga sebaliknya.
Pada carta 4 Jam, pasangan mata wang meningkat kepada 1.0941, tahap Fibo 50.0%. Sisihan (divergence) menurun pada petunjuk CCI, yang dibentuk minggu lepas, lenyap. Tiada sisihan baharu dilihat dalam mana-mana petunjuk. Penarikan semula harga daripada tahap 1.0941 boleh membawa kepada kejatuhan kepada 1.0610. Penyatuan di atas 1.0941 akan meningkatkan kemungkinan kenaikan kepada 1.1273, tahap pembetulan Fibonacci 61.8%.
Komitmen Pedagang (COT):
Dalam minggu pelaporan lepas, spekulator telah menutup 9,922 pesanan beli dan 3,323 pesanan jual. Suasana pedagang besar kekal menaik tetapi perlahan-lahan melemah. Jumlah bilangan pesanan beli kini berjumlah 2,260, dan pesanan jual - hanya 74,000. Aliran kenaikan harga berlaku. Walau bagaimanapun, keadaan mungkin berubah dalam masa terdekat. Euro telah merosot sedikit lebih kerap untuk dua bulan lepas daripada ia menyaksikan pertumbuhan. Jumlah besar pesanan beli terbuka menunjukkan bahawa pembeli mungkin mula menutupnya dalam masa terdekat (atau telah pun bermula seperti yang ditunjukkan oleh laporan COT terkini). Kecnederungan kenaikkan harga terlalu kuat pada masa ini. Saya percaya bahawa angka semasa menandakan kejatuhan baru dalam euro dalam masa terdekat.
Kalendar ekonomi untuk AS dan EU:
AS – Kenyataan Jerome Powell (14:00 UTC).
Pada 21 Jun, kalendar ekonomi hampir kosong, kecuali ucapan Pengerusi Fed. Kesan latar belakang fundamental terhadap sentimen pasaran mungkin sederhana pada hari ini.
Tinjauan dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD:
Saya akan menasihatkan pedagang untuk membuka pesanan jual jika pasangan mata wang ini ditarik semula daripada tahap 1.0966 pada carta 1 Jam dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.0917 dan 1.0843. Pasangan mata wang ini sudah mencapai tahap pertama. Anda boleh membuka pesanan beli jika pasangan mata wang EUR/USD melantun daripada 1.0917 atau sempadan bawah koridor aliran menaik dengan sasaran berada pada tahap 1.0966 dan 1.1035.