Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD telah melepasi tahap tinggi minggu lalu pada 1.2504, mewujudkan ayunan tinggi baru pada tahap 1.2558. Sokongan teknikal urusniaga harian dikenal pasti masing-masing berada pada tahap 1.2504 dan 1.2521, manakala sasaran momentum kenaikkan ditetapkan pada 1.2590. Penting untuk diperhatikan bahawa perspektif jangka sederhana kekal menurun, terutamanya disebabkan oleh persilangan menurun yang diperhatikan antara 50 dan 100 DMA pada carta Harian. Kecuali tahap rintangan teknikal jangka panjang 1.2550 ditembusi secara kuat, maka terdapat kemungkinan kesinambungan semula aliran menurun. Selain itu, perbezaan penurunan harga yang ketara dapat diperhatikan di antara pengayun harga dan momentum pada carta 4 Jam, menunjukkan potensi penarikan semula harga untuk mencapai tahap 1.2373 (sokongan teknikal).
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.2868
WR2 - 1.2687
WR1 - 1.2575
Pivot Mingguan - 1.2394
WS1 - 1.2282
WS2 - 1.2101
WS3 - 1.1989
Tinjauan Dagangan:
Carta Mingguan menunjukkan bahawa corak graf lilin Bullish Engulfing telah dibentuk semasa penembusan harga di atas tahap 1.2340, oleh yang demikian, kenaikkan harga bertanggungjawab ke atas pasaran dan menolak harga lebih tinggi. Pasaran sudah berdagang di atas WMA 50 dan menuju ke arah WMA 100 yang dilihat terletak pada tahap 1.2504. Sebaliknya, sebarang penembusan harga yang berterusan di bawah sokongan teknikal jangka panjang utama pada tahap 1.1802 secara mendadak akan meningkatkan peluang satu lagi penurunan harga ke arah tahap 1.1494.