Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis fundamental pasangan mata wang EUR/USD pada 27 Jun 2023. Preview mingguan: inflasi zon Eropah dan ucapan daripada pegawai ECB.

parent
Analisis Forex:::2023-06-27T09:25:17

Analisis fundamental pasangan mata wang EUR/USD pada 27 Jun 2023. Preview mingguan: inflasi zon Eropah dan ucapan daripada pegawai ECB.

Analisis fundamental pasangan mata wang EUR/USD pada 27 Jun 2023. Preview mingguan: inflasi zon Eropah dan ucapan daripada pegawai ECB.

Pada Isnin, pasangan mata wang EUR/USD telah menyaksikan penarikan semula harga dan ia kemudiannya menunjukkan pertumbuhan. Hari Jumaat adalah hari yang agak tidak menentu walaupun terdapat laporan yang mempunyai kepentingan kedua. Mungkin ia tidak mengejutkan peniaga tetapi pasti membuatkan mereka berada gementar. Malah, aktiviti perniagaan terus merosot di zon Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Walaupun penurunan mereka sebelum ini boleh diterima dalam menghadapi pengetatan agresif, angka semasa nampaknya berbahaya. Terutamanya, indeks aktiviti perniagaan dilihat oleh ramai sebagai petunjuk utama. Oleh itu, kejatuhan dalam angka menunjukkan perunjuk makroekonomi lain mungkin turun dalam masa terdekat.

Pada Jumaat lalu, euro pada mulanya menurun tetapi mengukuh menjelang dagangan petang apabila aktiviti perniagaan di AS juga agak melemah. Pada hari Isnin, volatiliti pasaran berjumlah 33 pip. Oleh yang demikian, tidak ada pergerakan harga ketara yang diperhatikan. Pagi ini, pasangan mata wang ini dilihat berusaha untuk kembali diniagakan ke kawasan di atas garis Purata Bergerak (MA). Oleh itu, euro berpotensi untuk meneruskan pertumbuhan dengan cepat. Tiada sebab yang serius untuk peningkatan mendadak dalam nilai euro. Malah, mata wang itu tidak menunjukkan pertumbuhan selama kira-kira 5-6 bulan, yang berlegar dalam julat 1.05-1.11. Secara keseluruhan, tahun 2023 telah berada dalam fasa penyatuan setakat ini.

Menurut carta 24 Jam, kita dapat melihat penyatuan ini dengan jelas. Malah, ia hampir tidak berbeza dengan mendatar. Secara teknikal, kita melihat pergerakan dalam julat terhad, yang bermaksud petunjuk Ichimoku tidak dapat menjana isyarat dagangan yang kuat. Kami masih percaya bahawa euro mempunyai lebih banyak sebab untuk jatuh daripada meningkat buat masa sekarang.

Inflasi Jerman dan zon Eropah dijangka akan mengecewakan

Pada Isnin, forum ekonomi yang dianjurkan oleh ECB bermula di bandar Portugis Sintra. Ramai pegawai dan wakil bank pusat akan bercakap di forum ini, tetapi mereka tidak mungkin menangani dasar monetari bank pusat individu. Oleh itu, kita tidak seharusnya mengharapkan sebarang komen yang lantang, walaupun Presiden ECB, Christine Lagarde berucap semalam, hari ini dan juga aesok. Ini adalah peristiwa yang berpotensi sangat penting, tetapi sebenarnya, kami telah mendengar pegawai ECB selama dua minggu yang lalu, dan mereka semua mengatakan perkara yang hampir sama. Minggu ini, Isabelle Schnabel, Fabio Panetta, dan Andrea Enria akan menyampaikan ucapan sekali lagi.

Laporan inflasi zon Eropah bagi bulan Jun yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Jumaat akan menjadi acara utama pada minggu ini. Harga pengguna dijangka perlahan kepada 5.6% manakala inflasi teras mungkin meningkat kepada 5.4-5.5% tahun ke tahun. Oleh itu, ECB mungkin mengekalkan pendirian "hawkish" untuk tempoh masa yang lama. Inflasi utama serta inflasi teras adalah jauh daripada 2%. Kami masih percaya bahawa ECB tidak akan dapat menaikkan kadar faedah utama sebanyak yang diperlukan, tetapi kami mengakui bahawa penyelewengan ketara inflasi sebenar daripada sasaran mungkin memaksa pengawal selia untuk mengambil langkah yang lebih tegas.

Data inflasi juga akan dikeluarkan di Jerman, dan angka mungkin meningkat di sana juga. Ramalan mencadangkan kenaikan daripada 6.1% kepada 6.3-6.4%. Ini adalah faktor negatif untuk ekonomi Eropah tetapi juga boleh menjadi faktor positif untuk mata wang Eropah. ECB berkemungkinan besar untuk menaikkan kadar berbanding Rizab Persekutuan (Fed). Oleh yang demikian, euro akan menjadi permintaan untuk beberapa lama. Walau bagaimanapun, euro telah menaik selama lebih 10 bulan dan telah berlegar pada paras tinggi tetapi dalam julat terhad untuk 5-6 bulan yang lalu. Oleh itu, mengharapkan pertumbuhan selanjutnya agak mencabar. Dari segi teknikal, penyatuan di atas Purata Bergerak (MA) berkemungkinan akan mengakibatkan penyambungan semula aliran menaik.

Analisis fundamental pasangan mata wang EUR/USD pada 27 Jun 2023. Preview mingguan: inflasi zon Eropah dan ucapan daripada pegawai ECB.

Purata volatiliti 5 hari bagi pasangan mata wang EUR/USD berjumlah 70 pip pada 27 Jun dan angka ini dianggap sederhana. Kami menjangkakan harga akan berada dalam julat di antara tahap 1.0858 dan 1.0998 pada hari Rabu. Pembalikan menurun Heiken Ashi akan menunjukkan penyambungan semula aliran menurun.

Sokongan:

S1 – 1.0864

S2 – 1.0803

S3 – 1.0742

Rintangan:

R1 – 1.0925

R2 – 1.0986

R3 – 1.1047

Tinjauan:

Walaupun pasangan mata wang EUR/USD telah mengukuh di bawah Purata Bergerak (MA), namun ia masih cuba untuk melepasinya. Kami membuka pesanan jual dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.0864 dan 1.0803 sekiranya Heiken Ashi ditarik semula ke bahagian bawah atau berlaku lantunan semula harga daripada Purata Bergerak (MA). Kami membuka pesanan beli hanya selepas harga menyatu di atas Purata Bergerak (MA) dengan sasaran terletak pada tahap 1.0986 dan 1.0998.

Indikator pada carta:

Saluran Regresi Linear membantu mengenal pasti arah aliran semasa. Jika kedua-dua saluran bergerak ke arah yang sama, maka arah aliran adalah kukuh.

Purata Bergerak (MA)(20 hari, lancar) mentakrifkan arah aliran jangka pendek dan semasa.

Tahap Murray ialah tahap sasaran untuk arah aliran dan pembetulan.

Tahap volatiliti (garis merah) mencerminkan saluran harga yang mungkin untuk diniagakan dalam sehari berdasarkan indikator volatiliti semasa.

Indikator CCI. Apabila indikator berada di zon terlebih jual (oversold)(di bawah 250) atau di kawasan terlebih beli (overbought)(di atas 250), ini bermakna pembalikan arah aliran mungkin akan berlaku tidak lama lagi.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...