Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Isyarat dagangan Emas (XAU/USD) untuk 28-30 November 2023: Buka pesanan jual di bawah tahap $2,021 (keletihan - terlebih beli (overbought))

parent
Analisis Forex:::2023-11-28T06:46:40

Isyarat dagangan Emas (XAU/USD) untuk 28-30 November 2023: Buka pesanan jual di bawah tahap $2,021 (keletihan - terlebih beli (overbought))

Isyarat dagangan Emas (XAU/USD) untuk 28-30 November 2023: Buka pesanan jual di bawah tahap $2,021 (keletihan - terlebih beli (overbought))

Pada awal sesi dagangan Eropah, Emas (XAU/USD) telah diniagakan di sekitar tahap 2,015.98 dengan kecenderungan kenaikan harga tetapi menunjukkan tanda-tanda keletihan. Pembetulan teknikal mungkin berlaku pada hari-hari yang akan datang.

Penembusan mendadak saluran aliran menaik yang terbentuk sejak 13 November boleh mempercepatkan pembetulan teknikal dan emas berpotensi untuk jatuh ke arah 8/8 Murray (tahap psikologi $2,000) dan juga ke arah SMA 21 yang terletak pada tahap 1,978.

Sebaliknya, sekiranya pasangan XAU/USD menembusi di atas rintangan harian R_1 yang terletak pada tahap 2,021, maka kita boleh menjangkakan harga akan mencapai +1/8 Murray yang terletak pada tahap 2,031. Ia bahkan boleh melebihi tahap rintangan kuat 2,035, mencapai tahap psikologi 2,050.

Prospek positif akan dibatalkan sekiranya emas jatuh di bawah 1,975 dan di bawah 7/8 Murray pada carta harian. Kemudian, ia boleh mencapai 6/8 Murray pada 1,937 dan bahkan boleh menuju ke EMA 200 yang terletak pada tahap 1,924.

Emas kini sangat keletihan dan isyarat kenaikan harga yang kuat mungkin akan dikurangkan sekiranya emas jatuh di bawah tahap psikologi $2,000. Keletihan kekuatan kenaikkan harga boleh menyebabkan pembetulan teknikal kerana indikator 'Eagle' mencapai tahap terlebih beli (overbought). Oleh itu, pedagang mempunyai peluang untuk menjual dengan syarat emas menembusi di bawah tahap 2,008.

Titik pivot (PP) urusniaga harian adalah sekitar 2,010. Sekiranya emas melantun di sekitar kawasan ini dalam beberapa jam akan datang, ia boleh dilihat sebagai isyarat untuk membeli, dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 2,021 dan 2,031. Sebaliknya, jika emas menembusi tahap ini dan mengukuh di bawah 2,008, ia akan dilihat sebagai isyarat untuk menjual dengan sasaran pada tahap 1,978.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...