Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 24 Julai. Tip mudah untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2023-07-24T05:20:49

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 24 Julai. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Jumaat:

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 24 Julai. Tip mudah untuk pedagang baru

Pada Jumaat lalu, pasangan mata wang EUR/USD ini telah diniagakan secara mendatar dengan volatiliti rendah. Tiada pergerakan yang ketara sepanjang hari tanpa kehadiran keluaran laporan ekonomi yang berpengaruh. Aliran menurun berterusan, seperti yang ditunjukkan oleh garis arah aliran menurun, dan tiada apa-apa lagi untuk ditambah.

Kami masih menjangkakan euro akan jatuh lebih rendah, kerana ia kekal terlebih beli (overbought). Rizab Persekutuan (Fed) dan Bank Pusat Eropah akan mengadakan mesyuarat mereka minggu ini dan reaksi pasaran terhadap mesyuarat ini mungkin tidak dapat diramalkan. Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa kita akan melihat aliran menaik sekali lagi, memandangkan sentimen kenaikan harga dalam pasaran dalam beberapa minggu dan bulan kebelakangan ini.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 24 Julai. Tip mudah untuk pedagang baru

Empat isyarat kemasukan pesanan telah menjadi kenyataan pada carta 5 minit, di sekitar tahap yang sama; iaitu 1.1132. Disebabkan oleh volatiliti pasaran yang rendah, semua isyarat dagangan ini ternyata palsu. Walau bagaimanapun, pedagang boleh mencuba untuk melaksanakan dua isyarat pesanan yang pertama. Membuka pesanan beli dari isyarat pertama telah mengakibatkan kerugian kecil, kerana pasangan mata wang ini gagl untuk meningkat sebanyak 15 pip. Tiga isyarat terakhir adalah pendua antara satu sama lain, jadi hanya terdapat satu pesanan jual sepatutnya dibuka berdasarkannya. Akhirnya, pasangan mata wang ini jatuh sebanyak 15-20 pip, dan pedagang boleh memperoleh keuntungan jika mereka menutup pesanan mereka secara manual. Hasil dagangan tersebut telah memberikan pulangan modal.

Tip dagangan pada Isnin:

Pada carta 30 Minit, pasangan mata wang ini akhirnya mula menurun. Ramalan kesinambungan aliran menurun ini akan berterusan, tanpa mengira latar belakang fundamental atau keputusan bank pusat pada minggu depan. Garis arah aliran menurun baharu kini menyokong penjual, jadi tidak ada sebab untuk menjangkakan kenaikan baharu dalam euro pada masa ini. Tahap utama pada carta 5 Minit ialah 1.0901, 1.0932, 1.0971-1.0977, 1.1038, 1.1091, 1.1132, 1.1184, 1.1241, 1.1279-1.1292, 1.1330, 1.1367. Pesanan Stop loss boleh ditetapkan pada titik pulang modal sebaik sahaja harga bergerak 15 pip ke arah yang betul. Pada Isnin, zon Eropah, Jerman dan AS dijadualkan akan menerbitkan laporan PMI pembuatan dan perkhidmatan. Walaupun laporan ini tidak dianggap sangat penting, nilai penting boleh menyebabkan reaksi pasaran kecil sehingga 50 pip. Walau bagaimanapun, ia tidak mungkin memberi kesan yang ketara kepada sentimen pasaran.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...