Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 20 Disember 2023

parent
Analisis Forex:::2023-12-20T08:10:40

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 20 Disember 2023

Menilai kesan inflasi UK pada pasangan GBP/USD: Analisis Forex untuk 20 Disember 2023


Memahami dinamik inflasi UK dan tindak balas GBP


Data inflasi UK, yang telah dikeluarkan pada pagi ini, menunjukkan penurunan bulanan yang ketara dan pengurangan dinamik inflasi tahunan. Perkembangan ini telah membawa kepada trajektori menurun untuk GBP. Maklumat utama termasuk:

  • CPI bulanan: turun sebanyak 0.2%, berbeza dengan ramalan yang mengunjurkan kenaikan 0.1%.
  • CPI tahunan: menurun kepada 3.9%, lebih rendah berbandign ramalan yang mengunjurkan bacaan 4.3%.
  • Inflasi teras: dilaporkan pada 5.1%, berbanding ramalan 5.6%.
  • Inflasi Perkhidmatan: kekal tinggi pada 6.3%, namun menunjukkan penurunan.

Gambaran Teknikal Pasaran GBP/USD:

Selepas data CPI dikeluarkan, pasangan mata wang GBP/USD mengalami pembalikan harga mendadak. Pada masa ini, ia sedang menguji sokongan garis trend jangka pendek. Pemerhatian utama:

  • Senario penurunan harga: sekiranya harga menembusi di bawah 1.2626, kemungkinan tahap rendah tempatan baru.
  • Senario kenaikan harga: penembusan harga pada tahap rintangan 1.2760 adalah penting untuk kesinambungan trend menaik.
  • Penunjuk Momentum: positif pada carta 4 Jam, tetapi menghampiri paras neutral lima puluh. Penembusan di bawah tahap ini boleh meningkatkan tekanan trend menurun.

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 20 Disember 2023

Pivot Mingguan:

  • Tahap tinggi: WR3 - 1.2905, WR2 - 1.2815, WR1 - 1.2682
  • Pivot: 1.2592
  • Tahap rendah: WS1 - 1.2459, WS2 - 1.2369, WS3 - 1.2236

Tinjauan Dagangan:

  • Isyarat kenaikan harga: kemunculan corak Bullish Engulfing dan dagangan di atas Purata Bergerak (MA) 50 minggu menunjukkan arah aliran kenaikan harga.
  • Pertimbangan penurunan harga: penembusan harga di bawah tahap 1.1802 boleh menandakan arah aliran menurun yang ketara, berpotensi menyasarkan harga ke tahap 1.1494.

Isyarat Indikator Intraday 1 Jam:

  • Indikator teknikal: terutamanya menurun, dengan isyarat bercampur-campur neutral dan menaik.
  • Purata bergerak: majoriti menunjukkan isyarat pesanan beli, dengan beberapa menunjukkan pesanan jual.

Sentimen Pasaran:

  • Secara keseluruhan: sentimen kenaikkan harga berlaku (54% kenaikan berbanding 46% penurunan).
  • Minggu lepas: mengekalkan kenaikan harga (53% kenaikan berbanding 47% penurunan).
  • Tiga hari terakhir: peralihan kenaikan harga diperhatikan (53% kenaikan berbanding 47% penurunan).

Pandangan Dagangan Praktikal:

  1. Untuk kenaikan harga: Pantau rintangan pada tahap 1.2760. Penembusan harga di atas tahap ini dapat mengesahkan momentum kenaikan harga.
  2. Untuk penurunan harga: Perhatikan penembusan harga di bawah tahap 1.2626, yang mungkin menandakan penurunan selanjutnya.
  3. Pengurusan Risiko: Sentiasa menggunakan pesanan Stop Loss untuk pengurusan risiko berkesan.
  4. Sentimen pasaran: Perhatikan indikator sentimen kerana ia sering memberikan isyarat awal mengenai perubahan arah aliran.

Kesimpulannya, pergerakan pasangan mata wang GBP/USD berkait rapat dengan data inflasi UK dan petunjuk ekonomi yang lebih luas. Pedagang harus sentiasa dimaklumkan dan menyesuaikan strategi mereka dengan sewajarnya, sentiasa memastikan pengurusan risiko berada di barisan hadapan dalam membuat keputusan.

Pautan Berguna

Peringatan Penting

Pedagang baru dalam dagangan forex perlu berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, adalah lebih baik untuk anda menjauhkan diri dari pasaran bagi mengelakkan terjebak dalam turun naik pasaran yang ketara berikutan peningkatan dalam volatiliti pasaran. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka anda dinasihatkan agar kerap menetapkan Stop Order bagi tujuan meminumumkan kerugian.

Gagal untuk menetapkan pesanan Stop Order, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan segera, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan berdagang dalam jumlah yang besar. Untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas dan tetap fokus dan berdisiplin. Keputusan dagangan spontan berdasarkan keadaan pasaran semasa adalah strategi yang tidak menguntungkan untuk pedagang jenis scalper atau daytrader.

#instaforex #analysis #sebastianseliga

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...