Menganalisis dagangan Selasa:
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Pasangan mata wang GBP/USD ini telah gagal menembusi tahap 1.2801 dan memulakan semacam pembetulan kenaikkan harga. Pada dasarnya, kami bersetuju dengan kemungkinan pembetulan menaik kecil kerana pasangan mata wang ini tidak boleh terus bergerak ke arah yang sama. Perkara utama ialah ia kekal sebagai pembetulan dan bukan aliran menaik yang baharu. Tiada laporan penting di UK dan AS, jadi pergerakan itu tidak berkaitan dengan makroekonomi atau fundamental. Pada masa yang sama, euro juga jatuh. Mungkin pasaran sudah bersedia untuk mesyuarat bank pusat. Memandangkan kadar faedah Bank of England (BoE) yang lebih tinggi, pound masih menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding euro. Walau bagaimanapun, kedua-dua pasangan mata wang ini kekal terlebih beli (overbought), dan dolar AS diniagakan dengan sangat rendah. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini masih belum mencapai tahap 1.2801, dan garis arah aliran menurun telah ditembusi, yang bermaksud bahawa pound mungkin meningkat.
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Terdapat beberapa isyarat dagangan pada carta 5 Minit, tetapi ia bukan yang terbaik. Pada mulanya, pasangan mata wang ini dilihat melantun dari kawasan 1.2848-1.2860, tetapi ia tidak dapat mencapai tahap sasaran 1.2801. Ini ternyata isyarat palsu, tetapi anda boleh menetapkan pesanan Stop Loss pada titik pulang modal. Lantunan lain diikuti dari kawasan itu, tetapi selepas isyarat jual, pasangan mata wang ini tidak boleh jatuh walaupun 20 pip. Selepas itu, isyarat untuk kemasukan pesanan beli telah dibentuk, yang membawa keuntungan sebanyak 10 pip kepada pedagang baru, kerana pergerakan menaik berakhir dengan cepat. Akibatnya, hari dagangan semalam berakhir dengan kerugian minimum atau keuntungan sifar.
Tip dagangan pada Rabu:
Berdasarkan kepada carta 30 Minit, pasangan mata wang GBP/USD ini telah melanjutkan pergerakan menurunnya. Kami percaya bahawa aliran menurun sepatutnya berlaku dalam jangka sederhana, tetapi pembetulan kenaikan harga juga berkemungkinan. Pound masih terlebih beli (overbought) dan tiada alasan untuk memulakan gelombang pertumbuhan baharu. Namun begitu, mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) dijadualkan akan berlangsung pada hari Rabu, dan reaksi pasaran tidak dapat diramalkan. Tahap utama pada carta 5 Minit ialah 1.2653, 1.2688, 1.2748, 1.2801, 1.2848-1.2860, 1.2913, 1.2981-1.2993, 1.3043, 1.3107, 1.3145. Sebaik sahaja harga bergerak 20 pip ke arah yang betul selepas anda membuka dagangan, pesanan Stop Loss boleh ditetapkan pada titik pulang modal. Tiada laporan atau peristiwa penting yang dijadualkan di UK atau AS pada haei ini. Sila ambil perhatian bahawa mesyuarat Fed akan berlangsung pada sebelah malam, diikuti dengan sidang akhbar oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell. Kita harus mempersiapkan diri untuk pergerakan utama pada masa ini.
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Bagaimana untuk membaca carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.