Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 9 Ogos. Tip mudah untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2023-08-09T04:57:41

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 9 Ogos. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Selasa:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 9 Ogos. Tip mudah untuk pedagang baru

Pada Selasa, pasangan mata wang GBP/USD telah mengalami pergerakan menaik dan menurun. Dari sudut perspektif teknikal, pergerakan ini agak logik. Selepas pasangan mata wang ini menetap di bawah tahap 1.2750, ia jatuh ke tahap 1.2688, melantun daripada tahap tersebut, dan kembali diniagakan ke tahap 1.2750. Akibatnya, seseorang boleh membuat kesimpulan bahawa pasangan mata wang ini meneruskan pembetulan kenaikkan harga selepas menembusi garis aliran menurun. Oleh kerana tiada sebab yang kukuh untuk Sterling meningkat dalam jangka sederhana, pembetulan mungkin perlahan. Kami masih menjangkakan pound akan jatuh, kerana kami menganggap ia sangat terlebih beli (overbought) dan mahal. Pasaran telah memainkan semua faktor kenaikan harga, dan tidak ada sebab baru untuk membuka pesanan beli dalam dagangan jangka panjang.

Semalam, tiada peristiwa penting sama ada di United Kingdom (UK) atau Amerika Syarikat (AS), yang bermakna semua pergerakan harian adalah teknikal semata-mata. Fasa pembetulan mungkin berterusan untuk beberapa lama, tetapi kini, dolar AS berada dalam kedudukan yang lebih baik selepas penurunan 11 bulan.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 9 Ogos. Tip mudah untuk pedagang baru

Beberapa isyarat kemasukan pesanan telah dibentuk pada carta 5 minit. Pasangan mata wang itu pada mulanya melepasi tahap 1.2748, yang merupakan isyarat jual. Pemula sepatutnya membuka pesanan jual dengan mensasarkan pergerakan ke tahap 1.2688, sasaran yang telah di capai oleh pasangan mata wang ini sesi dagangan awal AS. Dua lantunan harga daripada tahap yang disebutkan di atas dianggap sebagai isyarat untuk kemasukan pesanan beli. Menjelang dagangan sebelah petang, pasangan mata wang ini telah kembali semula ke tahap 1.2750, di mana anda sepatutnya mengambil untung. Dagangan pertama berjaya memperoleh sekitar 35 pip, dan yang kedua sekitar 30 pip. Akibatnya, dagangan hari Selasa ternyata menjadi hari yang cukup baik.

Tip dagangan pada Rabu:

Pada carta 30 minit, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah menembusi aliran menurun jangka pendek. Kini, pound cenderung untuk membuat pembetulan harga yang lebih tinggi, tetapi kita tidak sepatutnya menjangkakan aliran menaik yang kukuh. Kami menjangkakan pound akan jatuh, kerana kami masih percaya bahawa ia terlebih beli (overbought) dan tidak munasabah mahal. Tahap utama pada carta 5 Minit ialah 1.2538, 1.2597-1.2605, 1.2653, 1.2688, 1.2748, 1.2791-1.2801, 1.2848-1.2860, 1.2913, 1.2981-1.2993, 1.3043. Sebaik sahaja harga bergerak 20 pip ke arah yang betul selepas anda membuka dagangan, anda boleh menetapkan pesanan Stop Loss pada titik pulang modal. Pada Rabu, tiada acara atau laporan penting yang dijadualkan akan dikeluarkan di AS dan UK, jadi kita harus bersiap sedia untuk satu lagi hari dagangan dengan volatiliti rendah tanpa arah aliran. Mungkin pasangan mata wang ini akan meningkat secara beransur-ansur dalam rangka pembetulan harga.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...