Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ekonomi global semakin perlahan, selera risiko semakin berkurangan, dan USS mengalami peningkatan dalam permintaan. Gambaran keseluruhan untuk mata wang USD, CAD, dan JPY.

parent
Analisis Forex:::2023-08-10T04:55:40

Ekonomi global semakin perlahan, selera risiko semakin berkurangan, dan USS mengalami peningkatan dalam permintaan. Gambaran keseluruhan untuk mata wang USD, CAD, dan JPY.

Aktiviti dalam pasaran mata wang kekal lemah dengan ketiadaan laporan ekonomi yang ketara, dengan tumpuan utama pada laporan inflasi AS pada Khamis, yang boleh membawa kepada pergerakan harga yang lebih ketara.

Aset berisiko masih berada di bawah tekanan kerana data yang lemah dari China, menunjukkan penurunan dalam permintaan global. Berikutan data dagangan luar yang mengecewakan pada Selasa, ia telah mendedahkan bahawa ekonomi China telah jatuh ke dalam deflasi, dengan inflasi bertukar negatif pada -0.3% YoY pada Julai. Harga pengguna jarang merekodkan penurunan di China, dan memandangkan negara lain terus bergelut dengan inflasi yang tinggi, ini merupakan petanda yang membimbangkan bagi ekonomi global secara keseluruhan.

Dolar AS kekal sebagai peneraju dalam pasaran mata wang, memainkan peranan mata wang selamat utama dalam keadaan semasa.

Pasangan mata wang USD/CAD

Dolar Kanada telah menerima beberapa pukulan sensitif dan kehilangan momentum positifnya berbanding USD. Laporan pasaran buruh untuk Julai menunjukkan penurunan dalam bilangan pekerjaan baharu (-6.4K), manakala peningkatan sebanyak 21.1K diramalkan, jumlah yang amat ketara berlatarbelakangkan pertumbuhan kukuh pada bulan Jun (+59.9K).

Kadar pengangguran meningkat daripada 5.4% kepada 5.5%, dan lebih penting lagi, pertumbuhan purata gaji meningkat daripada 3.9% YoY kepada 5% YoY. Pertumbuhan kadar upah biasanya merupakan faktor kenaikan harga kerana ia mencetuskan inflasi yang tinggi, tetapi dengan kelembapan ekonomi serentak, faktor ini mula bertindak menentangnya.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Ivey untuk Julai merosot ke dalam wilayah penguncupan, mencecah paras rendah beberapa bulan sebanyak 48.6 mata. Ini menunjukkan kelembapan ekonomi. Walau bagaimanapun, sub-indeks harga meningkat ke tahap tinggi 5 bulan, meningkat daripada 60.6 mata kepada 65.1 mata.

Ekonomi global semakin perlahan, selera risiko semakin berkurangan, dan USS mengalami peningkatan dalam permintaan. Gambaran keseluruhan untuk mata wang USD, CAD, dan JPY.

Ekonomi Kanada tiba-tiba kehilangan kelebihan yang membenarkan jangkaan pertumbuhan CAD yang mampan. Inflasi kekal kukuh, dan untuk membendungnya, adalah logik untuk menjangkakan tindakan selanjutnya oleh Bank of Canada. Jangkaan ini memihak kepada pengukuhan CAD. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, kelembapan dalam aktiviti dengan mengetatkan lagi dasar monetari boleh membawa ekonomi Kanada ke dalam kemelesetan. Ini, sebaliknya, mengehadkan keazaman Bank of Canada.

Keseimbangan yang tidak stabil menghilangkan kelebihan mata wang Kanada, melemahkan momentum kenaikan harga.

Kedudukan beli bersih pada CAD telah meningkat sedikit sepanjang minggu pelaporan, dengan kedudukan adalah neutral. Walau bagaimanapun, harga yang dikira selepas keluaran laporan pekerjaan yang mengecewakan bertukar menaik dan bergerak di atas purata jangka panjang.

Ekonomi global semakin perlahan, selera risiko semakin berkurangan, dan USS mengalami peningkatan dalam permintaan. Gambaran keseluruhan untuk mata wang USD, CAD, dan JPY.

Pusingan menaik yang mendadak dalam harga yang dikira mengurangkan peluang kesinambungan semula penurunan harga pasangan mata wang USD/CAD. Pada masa ini, pasangan mata wang ini diniagakan berhampiran bahagian tengah saluran pembetulan menuurn. Jika tiada hujah tambahan timbul dari pihak Kanada, kemungkinan pertumbuhan selanjutnya akan kekal tinggi. Sasaran jangka panjang ialah semapdan atas saluran pada tahap 1.3690/3720, dengan sokongan pada 1.3350/70.

Pasangan mata wang USD/JPY

Persoalan utama yang akan menentukan nasib yen Jepun kekal sejauh mana kesungguhan Bank of Japan bersedia untuk bertindak bagi mengurangkan inflasi domestik. Sebagai alternatif, Bank mungkin terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat, menggunakan pelarasan kepada dasar monetari semasa.

Kemungkinan langkah "hawkish" oleh BOJ melibatkan dua tindakan yang berpotensi - sama ada pengabaian sepenuhnya dasar kawalan keluk hasil (YCC) atau penarikan diri daripada kadar faedah negatif. Sebarang tindakan ke arah ini akan ditafsirkan oleh pasaran sebagai isyarat hawkish, yang membawa kepada pengukuhan yen. Sebaliknya, mengekalkan dasar semasa sudah pasti akan menyumbang kepada kelemahan yen.

Komen baru-baru ini daripada pegawai BOJ selepas mesyuarat 28 Julai adalah berhati-hati dan tidak memberikan alasan untuk mengharapkan sebarang langkah tegas. Sebagai contoh, Timbalan Ketua BOJ Uchida Shinichi menyatakan pada sidang akhbar bahawa Bank "menimbang untuk keluar daripada pelonggaran monetari tetapi tidak melihat sebab untuk sebarang tindakan pada masa hadapan yang boleh dijangka," dan keputusan itu masih "jauh."

Dengan erti kata lain, dasar "tunggu dan lihat" kekal. Yen boleh mula mengukuh dalam keadaan semasa hanya jika arah aliran negatif dalam ekonomi global meningkat, membawa kepada peningkatan ketara dalam permintaan untuk aset selamat. Selagi tiada sebab untuk senario sedemikian, tiada sebab untuk yen mengukuh.

Kedudukan jual bersih pada yen telah meningkat sedikit sepanjang minggu pelaporan dan mengukuh tepat di atas -7 bilion, kedudukan spekulatif dengan yakin menurun. Harga yang dikira adalah melebihi purata jangka panjang dan bertujuan untuk meneruskan pertumbuhan.

Ekonomi global semakin perlahan, selera risiko semakin berkurangan, dan USS mengalami peningkatan dalam permintaan. Gambaran keseluruhan untuk mata wang USD, CAD, dan JPY.

Kesinambungan pergerakan menaik untuk pasangan USD/JPY kekal menjadi senario utama, walaupun terdapat percubaan pada penyatuan berhampiran tahap 143. Seminggu yang lalu, kami mengenal pasti tahap tinggi tempatan pada 145.06 sebagai sasaran untuk pembangunan momentum kenaikkan dan jalur atas saluran pada 147.30/70 sebagai sasaran jangka panjang. Sasaran ini kekal relevan dan hanya boleh diselaraskan sekiranya berlaku perubahan ketara daripada BOJ dalam dasar monetarinya. Selagi perubahan adalah kosmetik, dolar AS secara objektif lebih kukuh pada pasangan mata wang ini.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...