Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 18 Ogos 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan semalam. Euro kekal berada di bawah tekanan

parent
Analisis Forex:::2023-08-18T08:17:40

EUR/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 18 Ogos 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan semalam. Euro kekal berada di bawah tekanan

Semalam, pasangan mata wang ini dilihat telah membentuk beberapa isyarat yang baik untuk kemasukan pasaran. Mari kita menganalisis apakah yang berlaku pada carta 5 Minit. Dalam ulasan saya di sebelah pagi, saya menyebut tahap 1.0869 sebagai titik kemasukan pesanan yang berkemungkinan. Penurunan dan penembusan harga palsu pada tahap ini dengan ketiadaan data zon Eropah yang penting telah menghasilkan isyarat pesanan beli. Akibatnya, pasangan mata wang ini telah meningkat lebih daripada 40 pip. Semasa sesi dagangan AS, harga kembali ke bawah tahap 1.0896 dan ujian semula membentuk isyarat pesanan jual, selepas itu pasangan mata wang ini jatuh lebih daripada 40 pip, mencecah tahap rendah bulanan baharu.

EUR/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 18 Ogos 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan semalam. Euro kekal berada di bawah tekanan

Untuk pesanan beli pasangan mata wang EUR/USD:

Data AS yang baik telah mendorong kepada peningkatan permintaan terhadap dolar AS dan menambah tekanan ke atas mata wang euro. Perkara utama hari ini ialah data inflasi zon Eropah. Jika inflasi tahunan menunjukkan kelembapan yang jauh lebih besar daripada jangkaan, maka pasangan mata wang ini akan kekal di bawah tekanan, yang akan membawa kepada penjualan lain dengan kemaskini tahap rendah bulanan. Memandangkan betapa agresif penurunan harga selepas pasangan mata wang ini cuba meningkat, adalah lebih baik untuk bertindak terhadap pasaran penurunan harga selepas penurunan dan penembusan harga palsu berhampiran tahap sokongan terdekat pada 1.0866. Ini akan membentuk titik kemasukan pesnaan yang baik untuk membeli euro, dengan prospek untuk mencapai tahap rintangan pada tahap 1.0893, yang telah terbentuk pada penghujung hari semalam. Penembusan dan ujian harga pada tahap ini akan meningkatkan permintaan untuk euro, memberikannya peluang untuk terus membuat pembetulan yang lebih tinggi kepada 1.0616. Sasaran akhir kekal pada kawasan 1.0951 di mana saya akan mengunci keuntungan. Jika pasangan mata wang EUR/USD menurun dan tiada aktiviti pembelian pada tahap 1.0866, maka pasaran menurun akan berterusan. Dalam kes ini, hanya pembentukan penembusan palsu berhampiran tahap sokongan seterusnya pada 1.0836 akan memberikan peluang untuk membeli euro. Saya akan membuka pesanan beli serta-merta pada lantunan harga daripada tahap rendah 1.0808, dengan mengambil kira pembetulan menaik 30-35 pip dalam sehari.

Untuk pesanan jual pasangan mata wang EUR/USD:

Untuk hari ini, penjual mempunyai peluang untuk mengekalkan tekanan pada pasangan mata wang, tetapi mereka perlu memastikan bahawa pasangan mata wang ini aktif di kawasan tahap rintangan baru pada 1.0893, yang akan diuji dalam masa terdekat. Penembusan harga palsu di sana, ditambah dengan data yang lemah dari zon Eorpah, dijangka akan memberikan isyarat kemasukan pesanan jual yang membawa kepada penurunan lain ke tahap sokongan 1.0866. Penembusan dan penyatuan harga di bawah julat ini, diikuti dengan ujian semula menaik, berpotensi untuk menawarkan isyarat peluang jualan, membuka jalan ke tahap rendah 1.0836. Kemas kini pada tahap ini akan menandakan pasaran menurun yang baik. Sasaran utama terletak pada tahap 1.0808 di mana saya akan perhatikan untuk mengunci keuntungan.

EUR/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 18 Ogos 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan semalam. Euro kekal berada di bawah tekanan

Jika berlaku aliran menaik pada pasangan mata wang EUR/USD semasa sesi dagangan Eropah dan sekiranya tiada aktiviti jualan diperhatikan pada tahap 1.0893, yang mungkin, kenaikkan akan cuba untuk menguasai semula pasaran. Dalam senario sedemikian, saya akan menunggu sehingga harga mencecah tahap rintangan seterusnya pada 1.0916, terbentuk pada penghujung hari semalam. Saya juga akan mempertimbangkan untuk membuka pesanan jual di sana, tetapi hanya selepas penyatuan yang gagal di atas tahap ini. Saya akan menjual serta-merta pada penarikan semula harga daripada tahap tinggi 1.0951, dengan mengambil kira pembetulan menurun 30-35 pip.

Laporan COT:

Laporan COT bagi 8 Ogos mencatatkan penurunan dalam kedudukan beli dan peningkatan dalam kedudukan jual. Ini berlaku sebelum keluaran data inflasi utama dari AS. Idealnya, data ini harus memberi pandangan lebih jelas tentang tindakan Rizab Persekutuan yang seterusnya. Namun, realitinya tidak seperti yang dijangkakan. Harga di AS meningkat lagi pada bulan Julai, menyediakan landasan untuk kemungkinan peningkatan kadar oleh Rizab Persekutuan. Walaupun demikian, kejatuhan dalam euro membuka peluang yang baik. Tanpa mengambil kira data terkini, strategi terbaik dalam situasi sekarang ialah membeli aset berisiko semasa penurunan. Laporan COT menunjukkan bahawa kedudukan beli oleh pelabur bukan komersial turun 12,026 ke 228,048, sementara kedudukan jual meningkat 10,225 ke 78,237. Hasilnya, perbezaan antara kedudukan beli dan jual berkurangan 1,891 unit. Harga penutupan jatuh ke 1.0981, berbanding 1.0999 pada minggu lepas.

EUR/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 18 Ogos 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan semalam. Euro kekal berada di bawah tekanan

Isyarat indikator:

Purata bergerak (MA):

Dagangan sedang berlaku di sekitar purata bergerak (MA) 30 hari dan 50 hari, yang menunjukkan ketidaktentuan pasaran.

Sila ambil perhatian bahawa tempoh masa dan tahap purata bergerak dianalisis hanya untuk carta H1, yang berbeza daripada takrifan umum purata bergerak harian klasik pada carta D1.

Bollinger Bands

Jika pasangan mata wang EUR/USD menurun, sempadan bawah indikator berhampiran tahap 1.0860 akan berfungsi sebagai sokongan.

Penerangan indikator:

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Pesanan menjual (Short) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...