Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 18 Ogos. Pound berkemungkinan akan membuat pembalikan pada hari-hari akan datang

parent
Analisis Forex:::2023-08-18T08:47:45

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 18 Ogos. Pound berkemungkinan akan membuat pembalikan pada hari-hari akan datang

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 18 Ogos. Pound berkemungkinan akan membuat pembalikan pada hari-hari akan datang

Pada Khamis, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah berusaha untuk meneruskan pergerakan menaiknya, tetapi ia masih berlaku dalam saluran mendatar. Sempadan atas saluran ini adalah jelas - ia berada pada tahap 1.2787. Oleh itu, lantunan hagra boleh dijangkakan daripada tahap ini, atau pasangan mata wang ini mungkin akan membuat pembalikkan di bawahnya. Dalam saluran mendatar, pergerakan boleh menjadi rawak sepenuhnya dan tidak semestinya menjadi lantunan harga daripada sempadannya. Oleh kerana tidak akan ada sebarang berita fundamental dan makroekonomi yang kuat pada Jumaat, kami tidak menjangkakan harga akan menyatu di atas saluran ini. Oleh itu, penurunan harga kembali ke tahap 1.2634 adalah dijangkakan dalam dagangan jangka pendek.

Bagi dagangan jangka sederhana, aliran menurun kekal, dan latar belakang fundamental dan makroekonomi tidak menyokong pound buat masa sekarang. Kami tidak melihat pembetulan menaik yang kuat, tetapi mengambil kira keadaan terlebih beli (overbought) keseluruhan pound dan pertumbuhannya sepanjang 11 bulan yang lalu, pasangan mata wang mungkin terus jatuh walaupun tanpa pembetulan menaik yang kukuh. Oleh itu, hala tuju harga kini bergantung kepada analisis teknikal dan sentimen pasaran, yang telah pun beralih kepada arah aliran menurun. Jika ini berlaku, penurunan akan diteruskan pada minggu depan atau minggu selepas itu.

Pada carta 24 jam, pasangan mata wang ini dilihat masih belum menyatu di bawah Ichimoku cloud, oleh yang demikian, arah aliran menaik global masih ada. Tambahan pula, gambaran teknikal semasa dengan kebarangkalian tinggi membolehkan kami menjangkakan kesinambungan dan penyambungannya. Harga telah diperbetulkan sebanyak 500 mata sekali lagi, yang tidak mencukupi untuk mempertimbangkan pembetulan "kuat" dan menjangkakan akhir aliran menaik. Pound tidak mempunyai sebab untuk terus berkembang, tetapi pasaran mungkin berfikir sebaliknya. Oleh itu, kami memantau dengan teliti garis Senkou Span B.

Pasaran menunggu kenyataan baharu dari Bank of England (BoE).

Mungkin persoalaan yang paling menarik sekarang, dan hampir satu-satunya harapan untuk pound, adalah retorik Bank of England mengenai baki mesyuarat pada tahun 2023. Setakat ini, pasaran yakin bahawa kadar utama akan meningkat dua kali ganda lagi, dan kedua-dua ini kenaikan (tidak syak lagi) telah pun diberi harga. Walau bagaimanapun, jika retorik wakil Jawatankuasa Monetari mengetatkan (yang mungkin sepenuhnya memandangkan inflasi semasa di UK), pasaran mungkin mencari sebab baharu untuk pembelian baharu. Nilai semasa pound dalam dolar menunjukkan bahawa semua kemungkinan kenaikan kadar oleh Bank of England telah ditetapkan harganya, tetapi ini tidak bermakna pasaran telah menetapkan harganya dengan pasti 100%.

Bagi komponen makroekonomi, statistik dari UK telah lama tidak menggembirakan pedagang, yang masih belum menghalang mereka daripada membeli pound secara aktif sejak 11 bulan lalu. Oleh itu, makroekonomi kini semakin surut bukan ke latar belakang tetapi ke peringkat tertiari. Kami, seperti sebelum ini, menjangkakan kejatuhan yang kuat dan berpanjangan dalam mata wang British.

Hari ini di UK, satu-satunya laporan mengenai jualan runcit akan dikeluarkan. Seperti yang mungkin diduga, ia ternyata jauh lebih teruk daripada yang dijangkakan, oleh yang demikian, pound telah mula melemah, yang berpotensi untuk berlanjutan sehingga ke sempadan bawah saluran mendatar tanpa mencapai had atas.

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 18 Ogos. Pound berkemungkinan akan membuat pembalikan pada hari-hari akan datang

Purata volatiliti bagi pasangan mata wang GBP/USD sepanjang lima hari dagangan terakhir ialah 83 mata. Untuk pasangan pound/dolar AS, nilai ini dianggap "sederhana". Pada Jumaat, 18 Ogos, kami menjangkakan pergerakan harga dalam julat yang dihadkan oleh tahap 1.2664 dan 1.2828. Pembalikan menurun indikator Heiken Ashi akan menandakan permulaan pergerakan menurun dalam saluran mendatar.

Tahap sokongan terdekat:

S1 – 1.2726

S2 – 1.2695

S3 – 1.2665

Tahap rintangan terdekat:

R1 – 1.2756

R2 – 1.2787

R3 – 1.2817

Cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD dalam carta 4 Jam telah menetap di atas Purata Bergerak (MA), tetapi secara keseluruhan kami masih mempunyai arah aliran mendatar. Dagangan kini boleh berdasarkan lantunan daripada sempadan atas (1.2787) atau bawah (1.2634) saluran mendatar, tetapi pembalikan harga juga boleh berlaku di sekelilingnya. MA mungkin akan dilintasi dengan kerap, yang tidak semestinya menunjukkan perubahan dalam arah aliran.

Penerangan tentang rajah:

Saluran regresi linear - membantu menentukan trend semasa. Jika kedua-duanya menunjuk ke arah yang sama, trend semasa kuat.

Garisan purata bergerak (tetapan 20.0, lancar) - menentukan trend jangka pendek dan arah dagangan yang harus dilakukan.

Tahap Murray - tahap sasaran untuk pergerakan dan pembetulan.

Tahap volatiliti (garis merah) - saluran harga yang mungkin akan ditemui pasangan pada hari seterusnya, berdasarkan petunjuk volatiliti semasa.

Indikator CCI - kemasukan ke dalam kawasan terlebih jual (di bawah -250) atau kawasan terlebih beli (di atas +250) menunjukkan bahawa pembalikan trend mendekati ke arah bertentangan.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...