Menganalisis dagangan Selasa:
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit
Pada penghujung Selasa, pasangan mata wang GBP/USD dilihat berusaha untuk meneruskan pergerakan menurun dan memulakan pembetulan harga. Akhirnya, kedua-duanya tidak berlaku. Pada separuh pertama hari semalam, pound British secara beransur-ansur melemah, walaupun tidak ada sebab yang kukuh untuk penurunan harga berlaku, manakala pada separuh kedua (selepas angka JOLT yang mengecewakan di AS) ia meningkat, yang mana ini adalah logik. Akibatnya, pasangan mata wang ini berjaya bergerak hanya 60-70 pip dari tahap rendah minggu lepas, yang jelas tidak menunjukkan pembetulan. Seperti yang telah kami nyatakan, terdapat banyak data penting pada minggu ini, oleh yang demikian, pergerakan harga boleh jadi tidak dapat diramalkan sepenuhnya. Secara umumnya, mata wang British tidak mempunyai alasan kukuh untuk pertumbuhan mendadak, tetapi pembetulan harus berlaku sekali-sekala, dan ekonomi AS juga secara berkala tersandung disebabkan oleh kadar Rizab Persekutuan (Fed) yang tinggi.
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit
Tiga isyarat yang tidak jelas telah terbentuk pada carta 5 Minit, dan pergerakannya menjadi huru-hara. Semasa sesi dagangan Eropah, isyarat untuk kemasukan pesanan jual telah terbentuk sekitar tahap 1.2605-1.2620, selepas itu harga jatuh kira-kira 30 pip. Ini sudah cukup untuk menetapkan Pesanan Stop loss pada titik pulang modal, tetapi pasangan mata wang ini gagal untuk mencapai tahap sasaran yang paling hampir. Oleh itu, dagangan mungkin akan ditutup pada tahap pulang modal. Ini diikuti oleh lantunan yang tidak jelas daripada tahao yang disebutkan dan penurunan baharu, walaupun latar belakang makroekonomi menyokong pertumbuhan selanjutnya. Kali ini, harga tidak dapat bergerak 20 pip ke arah yang betul. Dagangan ditutup dengan\a kerugian kecil apabila harga kembali diniagakan ke tahap 1.2605-1.2620. Isyarat untuk kemasukan pesanan beli ketiga sekitar tahap ini sepatutnya diabaikan.
Tip dagangan pada Rabu:
Merujuk kepada carta 30 minit, pasangan mata wang GBP/USD telah menembusi keluar dari saluran mendatar dan kini berpotensi untuk meneruskan pergerakan menurun. Kami masih cenderung memihak kepada kesinambungan penurunan harga bagi pound British, percaya ia kini terlebih beli (overbought)dan tidak wajar harganya. Latar belakang makroekonomi minggu ini akan menjadi agak kukuh, jadi pound boleh bergerak ke mana-mana arah. Tahap utama pada carta 5 Minit ialah 1.2372, 1.2457, 1.2488, 1.2543, 1.2605-1.2620, 1.2653, 1.2688, 1.2748, 1.2787-1.2791. Sebaik sahaja harga bergerak 20 pip ke arah yang betul selepas dagangan dibuka, maka anda boleh menetapkan pesanan Stop loss pada titik pulang modal. Pada Rabu, tiada apa-apa yang perlu diberi perhatian khusus di UK. AS akan mengeluarkan dua laporan, yang dalam keadaan tertentu boleh mencetuskan reaksi pasaran - ADP dan KDNK. Kami percaya laporan ADP mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mempunyai nilai faktual yang berkesan.
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Bagaimana untuk membaca carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.