Menganalisis dagangan Rabu:
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit
Pada Rabu, pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan volatiliti rendah dan juga memulakan pergerakan menurun baru. Pada separuh pertama hari itu, pergerakannya kelihatan lebih seperti mendatar, tetapi kemudian ia mula jatuh pada sebelah petang disebabkan oleh PMI Perkhidmatan ISM AS. Garis arah aliran menurun kekal relevan, dan pound British jatuh hampir setiap hari, yang selaras dengan jangkaan kami.
Selain daripada PMI di Amerika Syarikat (AS), tiada laporan lain yang berpengaruh. Indeks itu ternyata kukuh, itulah sebabnya dolar meningkat naik. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kami sudah menjangkakan mata wang AS meningkat walaupun tanpa sokongan asas dan laporan makroekonomi. Minggu lalu, AS mengeluarkan laporan yang mengecewakan, namun dolar AS hampir tidak jatuh dalam tempoh lima hari bekerja.
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit
Pergerakan pada carta 5 minit tidak baik. Semasa sesi Eropah, harga berulang kali melantun daripada tahap 1.2544. Pedagang baru boleh membuka pesanan beli berdasarkan kepada isyarat ini, tetapi ia sepatutnya ditutup secara manual sebelum PMI Perkhidmatan ISM diterbitkan di Amerika Syarikat. Oleh itu, pedagang tidak mengalami sebarang kerugian, walaupun ia adalah isyarat palsu. Kemudian, isyarat jual terbentuk apabila harga menyatu di bawah tahap 1.2544, dan ia boleh dilaksanakan. Walau bagaimanapun, adalah berisiko untuk memasuki dagangan sebelum laporan dikeluarkan, dan kami tidak akan mengesyorkan pedagang untuk berbuat demikian. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengabaikan isyarat ini. Isyarat untuk kemasukan pesanan beli terakhir terbentuk di sekitar tahap 1.2488, dan ia boleh menghasilkan 10-20 pip. Ini lebih baik daripada tiada.
Tip dagangan pada Khamis:
Pada carta 30 minit, pasangan mata wang GBP/USD menamatkan pusingan pembetulan kenaikkan harga dan akhirnya meneruskan pergerakan menurunnya. Pergerakan harag dilihat agak tidak menentu, walaupun selepas pasangan mata wang ini melemah pada Rabu, kami tidak pasti ia akan terus jatuh. Oleh itu, anda harus berhati-hati sewaktu membuka pesanan. Tahap utama pada carta 5 Minit ialah 1.2372, 1.2457, 1.2488, 1.2544, 1.2605-1.2620, 1.2653, 1.2688, 1.2748, 1.2787-1.2791, 1.2848-1.2860. Sebaik sahaja harga bergerak 20 pip ke arah yang betul selepas membuka dagangan, anda boleh menetapkan pesanan Stop Loss pada titik pulang modal. Pada Khamis, tiada acara atau laporan penting yang akan dikeluarkan di UK, dan AS hanya mempunyai laporan mengenai tuntutan pengangguran, yang mungkin tidak akan mempengaruhi pasaran.
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Bagaimana untuk membaca carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.