Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan GBP/USD untuk sesi Eropah pada 18 September 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan Jumaat. Pound mengemas kini tahap rendah bulanan

parent
Analisis Forex:::2023-09-18T10:05:14

Pelan dagangan GBP/USD untuk sesi Eropah pada 18 September 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan Jumaat. Pound mengemas kini tahap rendah bulanan

Terdapat beberapa isyarat kemasukan pasaran yang baik telah terhasil pada Jumaat lalu. Mari lihat apa yang berlaku pada carta 5 Minit. Dalam tinjauan saya di sebelah pagi, saya menyebut tahap 1.2441 sebagai titik kemasukan pesanan yang berkemungkinan. Kenaikan dan penembusan harga palsu pada tahap 1.2451 menghasilkan isyarat pesanan jual. Akibatnya, pasangan mata wang ini telah jatuh hampir 50 pip. Pada sebelah petang, melindungi tahap 1.2395 telah mendorong kenaikan sebanyak 25 pip.

Pelan dagangan GBP/USD untuk sesi Eropah pada 18 September 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan Jumaat. Pound mengemas kini tahap rendah bulanan

Untuk kemasukan pesanan beli pasangan GBP/USD:

Minggu ini semuanya akan bergantung kepada data inflasi UK dan keputusan Bank of England (BoE), yang boleh menjejaskan pound dan mendorong pasaran menurun. Tetapi kita akan membincangkan lebih lanjut mengenai perkara ini menjelang peristiwa itu sendiri. Tiada laporan dari UK dijadualkan untuk hari ini, jadi pembeli GBP akan mendapat peluang untuk membetulkan lebih tinggi sama dengan yang kita lihat pada Jumaat lepas. Tetapi memandangkan jangkaan pasaran telah beralih ke arah pengetatan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed), tidak mungkin pemain utama membeli pound walaupun pada harga yang begitu menarik. Oleh kerana itu, saya berhasrat untuk bertindak pada penurunan hanya setelah penembusan harga palsu berhampiran tahap rendah bulanan baru 1.2379. Ini akan berfungsi sebagai isyarat untuk kemasukan pesanan beli, bertujuan untuk kemas kini tahap 1.2422. Sedikit di bawah tahap ini adalah Purata Brgerak (MA), oleh yang demikian, kenaikan harga akan menghadapi masalah di sana. Penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap ini akan meningkatkan keyakinan pembeli, mencadangkan kemasukna pesanna Beli dan mengekalkan peluang untuk mencapai tahap 1.2478. Di sinilah penjual besar boleh melangkah masuk. Sasaran yang lebih tinggi adalah pada 1.2509, di mana saya merancang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD menurun dan kekurangan aktiviti pada tahap 1.2379, tekanan pada pound akan meningkat lagi, yang akan membuka jalan untuk pasangan bergerak ke tahap rendah bulanan baru. Dalam kes sedemikian, hanya pertahanan kawasan seterusnya pada 1.2340 dan penembusan palsu di sana akan memberi isyarat untuk membuka pesanan Beli. Saya merancang untuk membeli pasangan GBP/USD serta-merta pada penurunan hanya daripada tahap rendah 1.2312, dengan mengambil kira pembetulan urusniaga harian sebanyak 30-35 pip.

Untuk kemasukan pesanan jual pasangan GBP/USD:

Penurunan harga perlu mempertahankan rintangan terdekat pada 1.2422, serta mengawal tahap rendah baru pada 1.2379. Sekiranya tidak ada laporan fundamental yang berpengaruh, saya akan bertindak pada tahap 1.2422 hanya setelah penyatuan harga yang gagal, yang akan menandakan peluang menjual. Pasangan GBP/USD cenderung untuk melemah ke arah 1.2379. Penembusan dan ujian semula ke atas julat ini akan memberikan tamparan yang lebih serius kepada kedudukan kenaikan harga, memberikan peluang untuk jatuh ke tahap sokongan pada 1.2340. Sasaran yang lebih jauh kekal rendah pada tahap 1.2312, di mana saya akan mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang ini meningkat dan kita melihat dagangan yang lemah pada tahap 1.2422, pembeli akan berpeluang untuk membetulkan pada awal minggu. Dalam kes ini, saya akan menangguhkan penjualan sehingga penembusan harga palsu berlaku pada tahap 1.2478. Sekiranya terdapat pergerakan menurun di sana, pedagang berkemungkinan berpeluang untuk membuka pesanan jual pound Britain pada lantunan harga daripada tahap 1.2509, dengan mempertimbangkan pembetulan intraday menurun sebanyak 30-35-pip.

Pelan dagangan GBP/USD untuk sesi Eropah pada 18 September 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan Jumaat. Pound mengemas kini tahap rendah bulanan

Laporan COT:

Dalam laporan COT (Komitmen Pedagang) untuk 5 September, terdapat pengurangan dalam kedua-dua kedudukan panjang dan pendek. Kenyataan oleh Gabenor Bank of England Andrew Bailey pastinya menimbulkan kekecohan, dan paun menurun lagi akibatnya. Pembeli tidak berpuas hati dengan petunjuk Bailey pada penghujung kitaran mata wang pengetatan dasar, kerana terbukti bahawa Rizab Persekutuan AS, yang telah mencapai lebih banyak kemajuan dalam memerangi inflasi, tidak berhasrat untuk berbuat demikian. Perbezaan dalam dasar bank pusat mengekalkan daya tarikan dolar dan memberikan tekanan ke bawah pada pound. Walau bagaimanapun, ini boleh memberi manfaat kepada pembeli. Malah, semakin rendah paun, semakin menarik untuk pembelian jangka sederhana. Laporan COT terkini menunjukkan bahawa kedudukan panjang bukan komersial berkurangan hanya sebanyak 4,498 kepada paras 92,645, manakala kedudukan pendek bukan komersial jatuh sebanyak 2,481 kepada 46,261. Akibatnya, spread antara kedudukan beli dan jual hanya meningkat sebanyak 15. Pasangan GBP/USD ditutup minggu lepas lebih rendah pada 1.2567 berbanding 1.2624 seminggu yang lalu.

Pelan dagangan GBP/USD untuk sesi Eropah pada 18 September 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan Jumaat. Pound mengemas kini tahap rendah bulanan

Isyarat indikator:

Purata Bergerak (MA)

Instrumen ini didagangkan di bawah purata pergerakan 30 dan 50 hari. Ia menunjukkan penurunan dalam pasangan GBP/USD.

Sila ambil perhatian bahawa tempoh masa dan tahap purata bergerak dianalisis hanya untuk carta H1, yang berbeza daripada takrifan umum purata bergerak harian klasik pada carta D1.

Bollinger Bands

Dalam kes penurunan, sempadan bawah indikator berhampiran tahap 1.2379 akan bertindak sebagai sokongan.

Huraian indikator:

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Pesanan menjual (Short) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...