Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 21 September. Tip mudah untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2023-09-21T04:38:17

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 21 September. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Rabu:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 21 September. Tip mudah untuk pedagang baru

Pada penghujung dagangan hari Rabu, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah memadamkan lantunan yang dialami pada awal hari itu, oleh yang demikian, pasangan mata wang GBP/USD kini kekal berada di bawah tekanan jualan sekali lagi. Pergerakan itu agak tidak menentu, tetapi latar belakang asasnya kuat dan pelbagai. Terdapat pemngumuman laporan CPI UK pada pagi Rabu dan kedua-dua teras dan tajuk utama CPI berada di bawah jangkaan, yang mana secara teorinya, sepatutnya memberi tekanan ke atas pound British, kerana ia akan mengurangkan kemungkinan Bank of England (BoE) mengekalkan pendirian "hawkish". Pound melemah, namun ia segera pulih.

Pada sebelah petang, pound jatuh selepas mesyuarat FOMC, walaupun kadar faedah kekal tidak berubah, dan tidak ada sebab yang ketara untuk dolar AS meningkat. Walau bagaimanapun, dalam kedua-dua kes, terdapat "lonjakan emosi" di pasaran. Ini adalah tempoh yang singkat apabila pasaran tidak bergerak dengan cara yang paling logik kerana latar belakang fundamental yang kuat. Kita boleh menjangkakan latar belakang yang sama kuat pada Khamis, jadi penilaian akhir harus dibuat kemudian.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 21 September. Tip mudah untuk pedagang baru

Pada carta 5 Minit, pasangan mata wang ini melihat sejumlah isyarat dagangan, tetapi mari kita memeriksanya dengan lebih terperinci. Pertama, isyarat jual terbentuk di sekitar tahap 1.2372-1.2394, tetapi ia terbentuk tepat semasa pengumuman laporan inflasi UK, dan penurunan itu tidak bertahan lama. Isyarat untuk kemasukan pesananbeli seterusnya telah dibentuk pada pertengahan sesi AS, dan bukan keputusan yang paling munasabah untuk memasuki pasaran sebelum mesyuarat FOMC. Sebagai alternatif, pedagang sepatutnya keluar dari pasaran 1 jam sebelum keputusan diumumkan. Walau apa pun, sukar untuk membuat keuntungan.

Tip dagangan pada Khamis:

Pada carta 30 minit, pasangan mata wang GBP/USD melanjutkan pergerakan mendatar. Walaupun volatiliti pasaran meningkat, sifat pergerakan tetap tidak berubah. Sebaliknya, kita dapat mengharapkan latar belakang fundamental yang sama kuat pada Khamis, yang bermaksud bahawa kita harus bertahan pada hari itu, dan membuat kesimpulan pada Jumaat. Tahap Utama pada carta 5 Minit ialah 1.2245, 1.2307, 1.2372-1.2394, 1.2457-1.2488, 1.2544, 1.2605-1.2620, 1.2653, 1.2688, 1.2748, 1.2787-1.2791. Setelah harga bergerak 20 pip ke arah yang betul setelah membuka dagangan, anda boleh menetapkan pesanan Stop Loss pada titik pulang modal. Pada Khamis, Bank of England akan mengumumkan keputusan kadarnya, yang sangat penting dan boleh mencetuskan reaksi pasaran tidak kurang penting daripada mesyuarat FOMC. AS akan mengeluarkan dua laporan sekunder, yang akan dibayangi oleh pertemuan dua bank pusat.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...