Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 3 Oktober. Tip mudah untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2023-10-03T05:01:20

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 3 Oktober. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Isnin:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 3 Oktober. Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang GBP/USD terus diniagakan menurun pada Isnin. Sama seperti pasangan mata wang EUR/USD, pergerakan ini agak luar biasa kerana pembetulan pada akhir minggu sebelumnya agak lemah, memandangkan fakta bahawa pound telah jatuh sebanyak 1,000 pip dalam tempoh dua bulan terakhir. Kami jelas menjangkakan pergerakan menaik yang lebih kuat. Juga, tidak ada latar belakang makroekonomi atau fundamental yang secara tegas menyokong dolar AS pada Jumaat atau Isnin. Kita boleh mempertimbangkan hakikat bahawa PMI Pembuatan AS berada pada tahap yang baik, melebihi jangkaan dan hampir kembali diniagakan di atas tahap 50.0. Walau bagaimanapun, dolar AS sudah meningkat bahkan sebelum laporan dikeluarkan, dan indeks Britain tidak mencatatkan bacaan yang begitu buruk sehingga pound seharusnya jatuh. Secara umumnya, kami percaya bahawa pergerakan harga ini adalah tidak logik.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 3 Oktober. Tip mudah untuk pedagang baru

Pada carta 5 Minit, terdapat beberapa isyarat dagangan dan pergerakannya agak kacau. Bermula dengan fakta bahawa pound Britain bergerak lebih tinggi pada sebelah pagi dan ini berlaku sebelum laporan PMI diterbitkan. Malangnya, pedagang baru gagal memperoleh keuntungan menggunakan isyarat beli kerana harganya tidak mencapai tahap sasaran. Kemudian pasangan mata wang ini kembali berdagang ke kawasan 1.2171-1.2179 dan jatuh di bawahnya. Ini adalah isyarat untuk kemasukan pesanan jual dan ia sepatutnya dibuka sehingga petang, kerana tidak ada isyarat untuk kemasukan pesanan beli. Oleh itu, ia perlu ditutup secara manual, dan keuntungan adalah sekitar 50 pip. Dagangan pertama memberikan keuntungan pulang modal.

Tip dagangan pada Selasa:

Pada carta 30 Minit, pasangan mata wang GBP/USD telah mengakhiri pembetulan kenaikkan harga dan kini dapat meneruskan pergerakan menurun. Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa pound mungkin akan diniagakan lebih tinggi untuk beberapa waktu, walaupun tanpa alasan fundamental dan makroekonomi tertentu di belakangnya. Selepas itu kami menjangkakan ia akan meneruskan penurunannya kerana pound telah mengukuh untuk jangka masa yang terlalu lama dan tanpa asas yang kukuh. Tahap utama pada carta 5 Minit adalah 1.1992-1.2010, 1.2065-1.2079, 1.2143, 1.2171-1.2179, 1.2235, 1.2307, 1.2372-1.2394, 1.2457-1.2488, 1.2544, 1.2605-1.2620, 1.2653, 1.2688. Setelah harga bergerak 20 pip ke arah yang betul setelah membuka dagangan, anda boleh menetapkan pesanan Stop-loss pada titik pulang modal. Pada Selasa, satu-satunya laporan penting ialah penawarakan pekerjaan dan Perolehan Buruh (JOLTS) di Amerika Syarikat. Ini adalah laporan penting, jadi ia sepatutnya mencukupi untuk mencetuskan reaksi pasaran.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...