Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk sesi Eropah pada 16 Oktober 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan mengenai dagangan Jumaat lalu. Euro melanjutkan penurunan harga

parent
Analisis Forex:::2023-10-16T08:20:11

Pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk sesi Eropah pada 16 Oktober 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan mengenai dagangan Jumaat lalu. Euro melanjutkan penurunan harga

Jumaat lalu, pasangan mata wang ini telah membentuk beberapa isyarat kemasukan pesanan. Mari kita lihat apa yang berlaku pada carta 5 Minit. Dalam tinjauan saya di sebelah pagi, saya menyebut tahap 1.0559 sebagai tahap kemasukan yang berkemungkinan. Kenaikan dan penembusan harga palsu pada tahap ini membentuk isyarat pesanan jual, menurunkan harga lebih daripada 40 pip. Pada sebelah petang, penembusan harga palsu pada tahap 1.0527 menghasilkan satu lagi isyarat jual, yang mengemaskini tahap rendah harian dan pasangan mata wang ini telah jatuh ke tahap 1.0508.

Pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk sesi Eropah pada 16 Oktober 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan mengenai dagangan Jumaat lalu. Euro melanjutkan penurunan harga

Untuk kemasukan pesanan beli pada pasangan mata wang EUR/USD

Data Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu telah memberikan tekanan menurun pada pasangan mata wang EURUSD, yang dapat membentuk aliran menurun baharu. Hari ini, pedagang kini menunggu pengumuman laporan Indeks Harga Pengguna Itali dan imbangan dagangan luar zon Eropah, yang tidak mungkin memberikan kesan yang kuat, jadi tekanan ke atas pasangan mata wang ini mungkin kembali pada bila-bila masa. Atas sebab ini, kenaikan harga perlu aktif di kawasan sokongan baru pada tahap 1.0509, yang telah dibentuk pada akhir minggu lalu. Penembusan harga palsu di sekitar tahap itu akan mengesahkan titik kemasukan pesanan beli, dengan mengandaikan pembentukkan pembetulan menaik dan mencapai rintangan terdekat pada tahap 1.0535, yang sejajar dengan Purata Bergerak (MA) menurun. Penembusan dan ujian menurun pada tahap ini akan memberikan peluang untuk harga melonjak ke tahap 1.0557. Sasaran paling jauh adalah kawasan 1.0586, di mana saya merancang untuk mengambil keuntungan di sana. Jika pasangan mata wang EUR/USD menurun dan tiada aktiviti diperhatikan pada tahap 1.0509, makatekanan ke atas euro boleh meningkat dan penjual akan menuntut semula inisiatif itu. Dalam kes sedemikian, hanya penembusan palsu berhampiran tahap 1.0484 akan menandakan peluang kemasukan pesanan beli. Saya akan membuka pesanan beli secara langsung pada lantunan semula harga dari tahap 1.0451, dengan mensasarkan pembetulan menaik sebanyak 30-35 pip dalam sehari.

Untuk kemasukan pesanan jual pada pasangan mata wang EUR/USD

Trend penurunan harga mengawal pasaran. Mempertahankan tahap rintangan terdekat pada tahap 1.0535, serta data ekonomi zon Eropah yang lemah, akan membolehkan pasangan mata wang ini jatuh lebih rendah. Penembusan palsu pada ketika ini akan menghasilkan isyarat kemasukan pesanan jual, dengan prospek penurunan harga ke arah sokongan 1.0509. Penembusan dan pengukuhan harga di bawah tahap ini, serta ujian semula menaik, akan menawarkan isyarat pesanan jual lain dengan sasaran pada tahap rendah 1.0484. Sasaran utama adalah tahap rendah bulan ini pada 1.0451 di mana saya akan mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD meningkat semasa sesi dagangan Eropah dan penurunan harga tidak menyentuh tahap 1.0535, maka kenaikan harga pasti akan cuba kembali mengawal pasaran. Dalam senario ini, saya akan menangguhkan pesanan menjual sehingga harga mencecah tahap rintangan pada 1.0557. Saya boleh mempertimbangkan untuk membuka pesanan jual di sana tetapi hanya selepas kegagalan penyatuan harga. Saya akan menjual dengan segera sewaktu lantunan semula harga dari tahap tinggi 1.0586, yang mensasarkan pembetulan menurun sebanyak 30-35 pip.

Pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk sesi Eropah pada 16 Oktober 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan mengenai dagangan Jumaat lalu. Euro melanjutkan penurunan harga

Laporan COT

Laporan Komitmen Pedagang untuk 3 Oktober mencatatkan kenaikan minimum dalam kedudukan beli dan peningkatan mendadak dalam kedudukan jual. Rupa-rupanya, selepas mesyuarat bank pusat, pasaran menyedari bahawa kadar faedah akan dinaikkan lagi dalam memerangi inflasi. Ini pasti akan mendorong dolar AS untuk bergerak lebih tinggi seperti yang sudah ditunjukkan dalam laporan COT. Terutama, laporan ini belum mengambil kira perubahan yang disebabkan oleh data pekerjaan AS baru-baru ini yang dua kali melebihi ramalan. Di samping itu, konflik ketenteraan di Timur Tengah juga menjejaskan sentimen risiko, dengan itu memacu permintaan untuk aset selamat seperti dolar AS. Laporan COT menunjukkan bahawa kedudukan beli bukan komersial naik hanya 267 untuk berada pada 211,783, sementara kedudukan jual bukan komersial melonjak 19,723, mencapai jumlah keseluruhan 132,840. Akibatnya, jurang di antara kedudukan beli dan jual meningkat sebanyak 1,187. Harga penutupan turun kepada 1.0509 daripada 1.0604, seterusnya menggariskan sentimen pasaran menurun.

Pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk sesi Eropah pada 16 Oktober 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan mengenai dagangan Jumaat lalu. Euro melanjutkan penurunan harga

Isyarat Indikator:

Purata Bergerak (MA)

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di bawah Purata Bergerak (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan bahawa penjual telah merampas semula kawalan ke atas pasaran.

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Jika pasangan mata wang EUR/USD melemah, had bawah indikator pada tahap 1.0500 akan bertindak sebagai sokongan.

Huraian indikator:

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Pesanan menjual (Short) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...