Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ USD/JPY: Tip dagangan mudah untuk pedagang baru pada 3 November.

parent
Analisis Forex:::2023-11-03T10:17:35

USD/JPY: Tip dagangan mudah untuk pedagang baru pada 3 November.

Ulasan dan tip dagangan untuk mata wang USD/JPY

Ujian harga 150.29 berlaku sewaktu petunjuk MACD baru mula bergerak turun dari tahap sifar, sekaligus mengesahkan titik kemasukan yang tepat untuk menjual pasangan mata wang ini. Akibatnya, pasangan mata wang USD/JPY turun sebanyak 45 pip, tetapi kami tidak mencapai tahap sasaran. Hari ini, peserta pasaran terpaku kepada laporan kerajaan di pasaran buruh AS, yang akan menentukan trajektori masa depan buat pasangan USD/JPY. Pertumbuhan dalam sektor pekerjaan dan kadar pengangguran yang berkurangan di AS cenderung untuk mendorong instrumen diniagakan lebih tinggi, menjadikannya di atas tahap 150. Sekiranya data menunjukkan masalah di dalam pasaran buruh dan PMI Bukan Pembuatan ISM menurun lebih rendah berbanding ramalan ahli ekonomi, maka dolar AS pasti akan melemah. Oleh itu, pasangan mata wang USD/JPY akan bergerak lebih rendah. Bagi prospek urusniaga harian, saya akan bertindak berdasarkan pelaksanaan senario No.1.

USD/JPY: Tip dagangan mudah untuk pedagang baru pada 3 November.

Isyarat Beli

Senario No.1. Anda boleh membuka pesanan beli pasangan mata wang USD/JPY hari ini apabila harga mencapai titik kemasukan sekitar tahap 150.40, diplot oleh garis hijau pada carta, dengan mensasarkan untuk mencapai tahap 150.93, diplot oleh garis hijau yang lebih tebal. Di kawasan 150.93, saya mengesyorkan pedagang agar menutup pesanan beli dan membuka pesanan jual ke arah yang bertentangan, mensasarkan pergerakan 30-35 mata dari titik kemasukan pesanan. Anda boleh bergantung pada pertumbuhan pasangan hari ini, terutamanya setelah pembetulan penurunan yang baik diperhatikan baru-baru ini. Penting! Sebelum membeli, sila pastikan petunjuk MACD berada di atas tanda sifar dan baru mula menaik daripadanya.

Senario No.2. Anda juga boleh membuka pesanan beli pasangan mata wang USD/JPY sekiranya terdapat dua ujian harga berturut-turut pada tahap 150.15 sewaktu petunjuk MACD berada di kawasan oversold (terlebih jual). Ini akan mengehadkan potensi penurunan pasangan mata wang USD/JPY dan mendorong kepada pembalikan menaik pasaran. Kita boleh menjangkakan pertumbuhan harga ke tahap bertentangan pada 150.40 dan 150.93.

Isyarat Jual

Senario No.1. Pesanan menjual pasangan mata wang USD/JPY hari ini adalah mungkin hanya selepas tahap 150.15 dikemaskini, diplot oleh garis merah pada carta. Ini akan mendorong kepada penurunan mendadak pada instrumen. Sasaran utama untuk penjual adalah pada tahap 149.62, di mana saya mengesyorkan pedagang agar menutup pesanan jual, serta segera membuka pesanan beli ke arah yang bertentangan dengan jangkaan pergerakan sebanyak 20-25 pip ke arah yang bertentangan dari tahap. Sebarang campur tangan forex oleh Bank of Japan (BoJ) akan membawa kepada penjualan segera USD/JPY. Data yang lemah di pasaran buruh Amerika juga akan menjadi alasan untuk menjual USD/JPY. Penting! Sebelum menjual, sila pastikan petunjuk MACD berada di bawah tahap sifar dan baru mula menurun daripadanya.

Senario No.2. Pilihan lain adalah untuk menjual pasangan mata wang USD/JPY hari ini sekiranya berlaku dua ujian harga berturut-turut tahap 150.40 sewaktu petunjuk MACD berada di kawasan overbought (terlebih beli). Ini akan mengehadkan potensi menaik instrumen dan dan mendorong kepada pembalikan menurun pasaran. Kita boleh menjangkakan penurunan harga ke tahap bertentangan pada 150.15 dan 149.62.

USD/JPY: Tip dagangan mudah untuk pedagang baru pada 3 November.

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau - tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pasangan mata wang USD/JPY

Garis tebal hijau - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take-Profit (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas tahap ini adalah tidak mungkin.

Garis halus merah - tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan jual pasangan mata wang USD/JPY

Garis tebal merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take-Profit (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah tahap ini adalah tidak mungkin.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...