Menganalisis dagangan Jumaat:
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit
Pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan kenaikan ketara sebanyak 200 pip pada penghujung Jumaat. Pound Britain akhirnya menunjukkan turun naik yang tinggi dan trend yang kuat. Sememangnya, pergerakan ini telah dicetuskan secara eksklusif oleh laporan ekonomi AS. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan pembetulan harga yang lebih ketara daripada pound, dan ia akhirnya menjadi kenyataan. Akibatnya, pasangan mata wang ini melanjutkan pembetulan harga yang lebih tinggi, tetapi ia berkemungkinan akan berakhir pada bila-bila masa. Sila perhatikan bahawa arah aliran utama masih menurun, dan pound tidak mempunyai sokongan fundamental yang kuat, yang membenarkan ia meneruskan pergerakan menurun pada bila-bila masa.
Pada masa ini, tidak ada garis atau saluran trend yang jelas berikutan pergerakan harga yang huru-hara pada baru-baru ini. Minggu yang akan datang mungkin mempunyai pergerakan bergelora yang sama, kerana pound tidak mempunyai latar belakang fundamental atau makroekonomi yang kuat untuk menyokong pertumbuhannya.
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit
Pada carta 5 Minit, hanya terdapat satu isyarat dagangan telah dihasilkan. Pasangan mata wang ini menghampiri tahap 1.2179 sebanyak dua kali semasa sesi dagangan Asia dan Eropah, tetapi harga jatuh dua kali hanya dengan margin kecil, sehingga adalah mustahil untuk kita berdagang dengan tahap ketepatan apa pun. Akibatnya, kami tidak menerima isyarat kemasukan pesanan beli yang kuat seperti yang kami lakukan dengan mata wang euro. Walau bagaimanapun, isyarat pesanan beli dihasilkan semasa sesi dagangan A.S. setelah pasangan mata wang ini menembusi tahap 1.2270. Pedagang dapat melaksanakan isyarat ini kerana data A.S. tidak memihak kepada dolar AS, meningkatkan jangkaan pertumbuhan yang lebih kuat untuk pasangan GBP/USD. Harga kemudiannya naik ke tahap 1.2372-1.2394, di mana adalah disarankan untuk mengambil keuntungan, dengan menghasilkan keuntungan sekitar 100 pip.
Tip dagangan pada Isnin:
Pada carta 30 Minit, kami telah menjangkakan kitaran pembetulan menaik yang baik untuk pasangan GBP/USD, dan ia akhirnya menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, pergerakan harga pada minggu yang akan datang mungkin menjadi lebih tenang, dan pembetulan harga boleh berakhir. Tahap utama pada carta 5 Minit adalah pada 1.1992-1.2010, 1.2052, 1.2089-1.2107, 1.2164-1.2179, 1.2235, 1.2270, 1.2372-1.2394, 1.2457-1.2488, 1.2544, 1.2605-1.2620, 1.2653, dan 1.2688. Setelah harga bergerak 20 pip ke arah yang betul setelah membuka dagangan, anda boleh menetapkan pesanan Stop-loss pada titik pulang modal. Pada Isnin, UK akan mengeluarkan laporan PMI Pembinaan CIPS untuk bulan Oktober. Ia mempunyai peluang yang rendah untuk mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang pada siang hari. Tiada acara fundamental lain yang dijadualkan pada Isnin.
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Bagaimana untuk membaca carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.