Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 7 November. Tip mudah untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2023-11-07T04:00:03

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 7 November. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Isnin:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 7 November. Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang GBP/USD juga dilihat berusaha untuk meneruskan pergerakan menaik pada Isnin. Namun, ia tidak mempunyai alasan yang baik untuk menyokong pergerakan menaik. Pada separuh kedua hari ini, harga secara beransur-ansur kembali ke tahap pembukaan. Oleh itu, aliran menaik jangka pendek berterusan, tetapi sebahagian besarnya terdiri daripada pergerakan dari hari Jumaat, yang mempunyai alasan tertentu untuk menyokong pertumbuhannya. Oleh itu, kami tidak menjangkakan pound Britain akan meningkat lebih jauh tanpa sokongan fundamental dan makroekonomi baru. Minggu ini, akan terdapat sedikit peristiwa penting, oleh yang demikian, kami menjangkakan pembetulan harga.

Ia juga penting untuk memahami bahawa semua pergerakan sepanjang bulan lalu telah menjadi pembetulan. Apabila kitaran pembetulan berakhir, trend utama akan disambung semula. Ini adalah senario yang kami jangkakan kerana kami tidak melihat sebarang alasan untuk pertumbuhan selanjutnya. Sudah tentu, pergerakan menurun mungkin bermula sedikit kemudian, tetapi pada masa ini, pembetulan harga kelihatan meyakinkan.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 7 November. Tip mudah untuk pedagang baru

Pada carta 5 Minit, terdapat beberapa isyarat dagangan, khususnya dua. Pesanan dagangan yang kedua dihasilkan begitu lewat sehingga tidak masuk akal untuk melaksanakannya. Isyarat pertama, isyarat pesanan beli yang melibatkan kawasan 1.2372-1.2394, mendorong pound meningkat sebanyak 20 pip, yang cukup untuk menetapkan pedagang pesanan Stop loss ke titik pulang modal. Ini adalah apabila dagangan ditutup. Secara umumnya, turun naik pasaran bejumlah 62 pip, yang menyukarkan pedagang untuk mengharapkan isyarat dan keuntungan yang baik terlebih dahulu.

Tip dagangan pada Selasa:

Pada carta 30 Minit, kami telah menjangkakan kitaran pembetulan menaik yang tepat untuk pasangan GBP/USD buat beberapa waktu, dan ia akhirnya menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, pergerakan minggu yang akan datang mungkin menjadi lebih tenang, dan pembetulan boleh berakhir. Isnin menunjukkan kepada kami bahawa pasaran tidak mempunyai keinginan yang kuat untuk terus membeli pada tahap semasa. Tahap utama pada carta 5 Minit adalah 1.1992-1.2010, 1.2052, 1.2089-1.2107, 1.2164-1.2179, 1.2235, 1.2270, 1.2372-1.2394, 1.2457-1.2488, 1.2544, 1.2605-1.2620, 1.2653, dan 1.2688. Setelah harga bergerak 20 pip ke arah yang betul setelah membuka dagangan, anda boleh menetapkan pesanan Stop-loss pada titik pulang modal. Tidak ada peristiwa atau laporan penting yang dijadualkan di UK dan AS. Oleh itu, kita tidak boleh mengharapkan kenaikan turun naik pasaran pada hari Selasa. Kami menjangkakan pembetulan menurun.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...