Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 15 November. Tip mudah untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2023-11-15T02:56:39

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 15 November. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Selasa:

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 15 November. Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan dagangan positif baru pada Selasa. Adalah agak sukar untuk menggambarkannya dengan kata-kata tetapi jelas bahawa euro naik dan dolar AS melemah ekoran data inflasi AS. Laporan mengenai KDNK EU atau indeks ZEW tidak memberi kesan kepada pergerakan pasangan mata wang ini. Tetapi apakah yang terdapat di dalam laporan inflasi yang telah menyebabkan dolar AS menjunam sebanyak 150 mata hanya dalam tempoh beberapa jam?

Sebagaimana klise yang mungkin kedengarannya, tidak ada yang luar biasa dalam laporan inflasi. Indeks Harga Pengguna menurun dari 3.7% ke 3.2% pada Oktober. Ini tentu buruk bagi dolar AS, tetapi tidak seburuk itu sehingga ia akan kehilangan 150 mata dalam beberapa jam. Kami menganggap reaksi pasaran terhadap laporan ini sebagai tidak masuk akal dan tidak logik. Tidak ada yang dapat meramalkan pergerakan seperti itu, walaupun inflasi telah turun ke 3%.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 15 November. Tip mudah untuk pedagang baru

Pada carta 5 Minit, beberapa isyarat dagangan telah dibentuk. Walau bagaimanapun, tiada satu pun pesanan daripadanya sepatutnya dilaksanakan oleh pedagang baru. Isyarat untuk kemasukan pesanan beli pertama terbentuk tepat sewaktu data inflasi AS dikeluarkan, oleh yang demikian, tidak ada peluang untuk melaksanakannya. Apabila harga melepasi tahap 1.0767-1.0781, sudah terlambat untuk pedagang memasuki pasaran dengan pesanan beli kerana tidak ada yang dapat mengetahui bahawa kenaikan pasangan mata wang ini akan menjadi begitu kuat. Kita dapat melihat pembalikan harga, jadi tidak disyorkan untuk membuka pesanan jangka panjang. Perkara yang sama berlaku untuk semua isyarat beli berikutnya.

Tip dagangan pada Rabu:

Pada carta 30 Minit, fasa pembetulan harga kekal utuh, dan ia memanjangkan pergerakan yang sama disebabkan oleh data inflasi AS. Walaupun berlaku pertumbuhan harga mendadak, pembetulan masih pembetulan. Oleh itu, kami menjangkakan ia akan berakhir dan meneruskan aliran menurun. Malangnya, pada bulan ini, laporan AS agak lemah, menghalang pasangan mata wang ini daripada meneruskan pergerakan menurun. Tahap utama pada carta 5 Minit adalah 1.0526, 1.0568, 1.0611-1.0618, 1.0668, 1.0733, 1.0767-1.0781, 1.0835, 1.0871, 1.0901-1.0904, 1.0936, 1.0971-1.0981, dan 1.1011. Pesanan Stop loss boleh ditetapkan pada titik pulang modal sebaik sahaja harga bergerak 15 pip ke arah yang betul. Pada Rabu, EU dijadualkan akan menerbitkan laporan pengeluaran perindustrian, dan di AS, Jualan runcit dan Indeks Harga Pengeluar. Semua laporan adalah penting. Pada Rabu, pasaran akan menunjukkan kepada kita sama ada pergerakan menaik adalah satu kebetulan.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...