Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 20 November. Tip mudah untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2023-11-20T04:30:46

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 20 November. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Jumaat:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 20 November. Tip mudah untuk pedagang baru

Pada Jumaat lalu, pasangan mata wang GBP/USD cuba membuat pembetulan harga namun ia gagal mengatasi tahap sokongan terdekat (1.2387) dan melantun semula. Sepanjang minggu ini, pound Britain berjaya meningkat susulan data AS. Oleh kerana terdapat beberapa laporan penting, ia hanya dapat menunjukkan pertumbuhan yang besar pada hari Isnin dan Selasa. Seperti euro, kami percaya bahawa pound telah menunjukkan pembetulan yang ketara, oleh itu, ia kini boleh meneruskan aliran menurun dalam jangka sederhana. Seperti euro, garis arah aliran menaik telah terbentuk, yang dapat mengenal pasti akhir aliran menaik semasa dalam jangka pendek. Seperti euro, pound tidak mempunyai alasan untuk naik sendiri, ia memerlukan sokongan dari laporan AS.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 20 November. Tip mudah untuk pedagang baru

Pada carta 5 minit, hanya terdapat satu isyarat dagangan yang telah terbentuk. Ia cukup kuat dan tepat – harga melantun dari kawasan 1.2372-1.2387, selepas itu ia mula meningkat, dan pada penghujung hari, pasangan mata wang ini berjaya mencapai tahap 1.2457. Oleh itu, pedagang baru sepatutnya membuka pesanan beli, dan perlu menutupnya menjelang dagangan sebelah petang. Keuntungan minimum pada pesanan pembelian ialah 45 pip.

Tip dagangan pada Isnin:

Pada carta 30 Minit, pasangan mata wang GBP/USD secara mendadak dan tidak dijangka meneruskan pergerakan menaik. Tetapi kami masih percaya bahawa ia akan berakhir tidak lama lagi. Pada mulanya, kami menjangkakan pembetulan yang lebih ketara, dan pada minggu lalu, aliran menurun kembali. Tetapi dalam kedua-dua kes, data AS mempengaruhi pasaran, dan kami juga mempunyai reaksi pasaran yang tidak mencukupi terhadap laporan tersebut. Sekarang kita mempunyai garis arah aliran menaik, penembusan harga yang akan membantu menentukan akhir aliran menaik. Tahap utama pada carta 5 Minit adalah 1.2052, 1.2089-1.2107, 1.2164-1.2179, 1.2235, 1.2270, 1.2310, 1.2372-1.2387, 1.2457-1.2488, 1.2544, 1.2605-1.2620, 1.2653, 1.2688, dan 1.2748. Setelah harga bergerak 20 pip ke arah yang tepat setelah membuka dagangan, pedagang boleh menetapkan pesanan Stop-loss pada titik pulang modal. Pada Isnin, tidak ada acara penting yang dijadualkan di Amerika Syarikat, dan di United Kingdom, Gabenor Bank of England Andrew Bailey diramalkan akan berucap. Ia mungkin akan menjadi acara yang menarik, terutamanya di tengah penurunan inflasi yang mendadak dan ketara pada bulan Oktober. Walau bagaimanapun, tidak ada yang menjangkakan kenaikan kadar lain dari Bank of England, dan sekarang tidak ada yang mengharapkannya.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...