Analisis laporan makroekonomi:
Pada Selasa, siri acara makroekonomi boleh dikatakan tiada. Kita hanya boleh memberikan perhatian kepada laporan bilangan penjualan rumah sedia ada di Amerika Syarikat (AS), tetapi ini bukan data sekunder, tetapi laporan tertiari. Tidak ada laporan yang lebih penting yang dijadualkan di AS, EU, UK, atau Jerman. Kalendar pada dasarnya kosong dan instrumen dagangan kemungkinan akan mengalami turun naik yang rendah, tetapi sekali lagi kedua-dua euro dan pound terus meningkat. Ini adalah tingkah laku tidak logik yang kami nyatakan dalam artikel sebelumnya.
Analisis acara fundamental:
Terdapat beberapa acara fundamental yang dijadualkan pada Selasa. Wakil bank Pusat Eropah (ECB), Isabel Schnabel akan menyampaikan ucapan, dan minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) yang terakhir akan diterbitkan. Ini adalah apa yang dipanggil "Minit FOMC."Kami tidak mengharapkan maklumat penting dari mana-mana acara. Ahli-ahli majlis pentadbiran ECB telah bercakap beratus-ratus kali dalam beberapa bulan kebelakangan ini, jadi kami mempunyai pemahaman yang jelas tentang apa yang diharapkan daripada ECB. Bagi Minit Mesyaurat, tiada keputusan penting dibuat, dan tidak ada petunjuk keputusan penting pada masa akan datang. Oleh itu, Minit Mesyuarat dijangka akan menjadi membosankan dan tidak menarik.
Kesimpulan umum:
Pada Selasa, hampir tidak ada acara fundamental dan makroekonomi. Walau bagaimanapun, Isnin menunjukkan kepada kami bahawa walaupun dengan ketiadaan berita dan laporan sepenuhnya, kami masih boleh menjangkakan pertumbuhan euro dan pound. Kami percaya bahawa pertumbuhan ini tidak logik dan sebahagian daripada adalah fasa pembetulan harga, tetapi ini tidak menafikan fakta kehadirannya.
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Bagaimana untuk membaca carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.