Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 13 Disember

parent
Analisis Forex:::2023-12-13T08:43:32

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 13 Disember

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD

Ujian harga pada tahap 1.2564 berlaku sewkatu penurunan garis MACD dari sifar, sehingga menyebabkan isyarat kemasukan pesanan jual. Akibatnya, pasangan mata wang ini jatuh harga sekitar 50 pip.

Data pasaran buruh dari UK memberi tekanan kepada pound, dan ini mungkin berterusan jika laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pengeluaran perindustrian juga menunjukkan angka yang mengecewakan. Sekiranya itu berlaku, harga akan turun ke tahap rendah bulanan. Walau bagaimanapun, semuanya boleh berubah dan ini bergantung pada hasil mesyuarat Fed yang penting.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 13 Disember

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.2563 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2605 (garis hijau tebal pada carta). Pertumbuhan harga akan berlaku hanya selepas UK melaporkan data KDNK yang kukuh.

Semasa membeli, sila pastikan garis MACD terletak di atas sifar atau naik daripadanya. Pound juga boleh dibeli selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 1.2541, tetapi garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jual (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.2563 dan 1.2605.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.2541 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2499. Tekanan akan kembali jika statistik lemah dari UK dan percubaan yang tidak berjaya untuk pasangan mengukuh sekitar tahap tinggi harian tempatan.

Apabila menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Pound juga boleh dijual selepas dua ujian harga berturut-turut pada tahap 1.2563, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih beli (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.2541 dan 1.2499.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 13 Disember

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau - titik masuk harga di mana anda boleh membeli pasangan GBP/USD

Garis tebal hijau tebal - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.

Garis halus merah - harga kemasukan di mana anda boleh menjual pasangan GBP/USD

Garis tebal merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini tidak mungkin.

Garisan MACD- adalah penting untuk berpandukan oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran

Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...