Menganalisis dagangan Rabu:
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 Minit
Pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan fasa mendatar pada Rabu. Pada mulanya, pasangan mata wang ini menyaksikan penurunan kecil, kemudian meningkat sedikit, dan turun naik keseluruhan hari semalam tidak melebihi 50 pip. Oleh itu, Rabu ternyata menjadi hari yang sangat lancar. Selain kekurangan pergerakan, Terdapat juga ketiadaan latar belakang fundamental dan makroekonomi. Oleh itu, pedagang tidak mempunyai apa-apa reaksi pada siang hari. Pada permulaan sesi dagangan AS, terdapat lonjakan kecil dalam emosi, tetapi ia segera memudar. Jadi gambaran teknikal tidak berubah. Pasangan mata wang ini masih kekal berhampiran tahap tinggi tempatannya, mengekalkan kemungkinan kenaikan yang tidak wajar.
Seperti yang telah kami nyatakan berulang kali, euro tidak mempunyai asas untuk terus meningkat. Pasaran terus membeli euro tetapi tidak cenderung untuk membeli dolar, walaupun terdapat sebab untuk berbuat demikian. Ini adalah reaksi pasaran yang tidak logik. Kami percaya bahawa faktor-faktor dari minggu lalu, yang menyebabkan penurunan dolar yang ketara, telah diselesaikan dan tidak lagi dapat memberikan sokongan untuk euro.
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit
Pada carta 5 Minit, kita dapat melihat betapa jelasnya trend mendatar itu. Harga menghabiskan sepanjang hari dagangan di antara tahap 1.0940 dan 1.0971, sekitar 30-pip. Walau bagaimanapun, adalah menghairankan, isyarat dagangan di sekitar tahap ini agak jelas, dan ia boleh dilaksanakan. Secara semula jadi, keuntungan yang tinggi tidak dibincangkan kerana turun naik pasaran yang sangat rendah. Walau bagaimanapun, dengan berdagang pada setiap lantunan pada siang hari, pedagang baru boleh memperoleh sekitar 30-40 pip keuntungan, yang mana ini bukanlah sesuatu yang buruk untuk hari seperti ini.
Tip dagangan pada Khamis:
Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang EUR/USD mengekalkan aliran menaik. Walau bagaimanapun, jika minggu lepas, pedagang mempunyai alasan yang baik untuk membeli euro, tetapa minggu ini tidak ada, tetapi euro masih meningkat. Kami percaya bahawa euro tidak mempunyai alasan yang cukup untuk terus mengukuh. Minggu lalu, pertumbuhan ini disokong oleh latar belakang fundamental, tetapi ia tidak lagi akan menerima sokongan yang sama pada minggu ini.
Pada Khamis, kami mencadangkan agar anda menggunakan kawasan 1.0971-1.0981 sebagai titik rujukan. Jika pasangan mata wang EUR/USD melantun daripadanya, kita boleh menjangkakan pasangan ini akan jatuh dan menjadikan tahap 1.0940 dan 1.0904 sebagai sasaran. Sekiranya berlaku penembusan harga, pasangan mata wang ini cenderung untuk terus meningkat dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.1011 dan 1.1043.
Tahap utama pada carta 5 Minit adalah 1.0611-1.0618, 1.0668, 1.0733, 1.0767-1.0781, 1.0835, 1.0896-1.0904, 1.0940, 1.0971-1.0981, 1.1011, 1.1043, 1.1091, 1.1132-1.1145. Pada Khamis, tidak ada acara menarik yang dijadualkan di Kesatuan Eropah. Docket AS akan mengeluarkan anggaran ketiga laporan KDNK bagi suku ke-3 dan tuntutan pengangguran. Kemungkinan besar, pasaran tidak akan bertindak balas terhadap laporan ini, oleh yang demikian, kami mungkin menjangkakan satu lagi hari dagangan yang membosankan.
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Bagaimana untuk membaca carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.