Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan GBP/USD untuk sesi Eropah pada 26 Disember 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan semalam. Pound kekal dalam saluran

parent
Analisis Forex:::2023-12-26T09:08:35

Pelan dagangan GBP/USD untuk sesi Eropah pada 26 Disember 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan semalam. Pound kekal dalam saluran

Seluruh pasaran ditutup pada Isnin, sempena sambutan Hari Krismas. Tiada titik kemasukan pesanan yang telah dihasilkan.

Untuk kemasukan pesanan beli pasangan mata wang GBP/USD:

Tiada laporan UK yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini. Dan disebabkan semalam adalah cuti umum, saya menjangkakan pasangan mata wang ini akan berdagang dalam saluran mendatar yang sempit. Volatiliti pasaran yang rendah dan volume dagangan yang rendah harus membantu. Saya akan bertindak selepas penembusan harga palsu pada tahap 1.2684 berlaku, yang sejajar dengan Purata Bergerak (MA) kenaikkan harga. Ini akan menghasilkan isyarat kemasukna pesanan beli, dengan sasaran mendorong pasangan mata wang ini bergerak ke kawasan 1.2719, kerana ia gagal berada di atas tahap ini pada Jumaat. Penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap ini akan mengukuhkan permintaan untuk pound dan membuka jalan untuk pasangan berdagang ke tahap 1.2757. Sasaran paling jauh adalah pada kawasan 1.2790, di mana saya akan mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang ini jatuh dan tidak ada aktiviti membeli diperhatikan pada tahap 1.2684 pada separuh pertama hari ini, dan tahap ini berfungsi sebagai semacam tengah saluran mendatar, hanya penembusan harga palsu berhampiran tahap sokongan seterusnya pada 1.2645 yang akan menawarkan isyarat membuka pesanan beli. Saya merancang untuk membeli pasangan mata wang GBP/USD serta-merta pada lantunan semula harga daripada tahap 1.2613, dengan mensasarkan pembetulan urusniaga harian sebanyak 30-35 pip.

Pelan dagangan GBP/USD untuk sesi Eropah pada 26 Disember 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan semalam. Pound kekal dalam saluran

Untuk kemasukan pesanan jual pasangan mata wang GBP/USD:

Penjual akan mendapat peluang untuk memulakan pergerakan pembetulan hanya jika penembusan harga palsu terbentuk berhampiran tahap 1.2719. Tujuannya adalah untuk mendorong pasangan mata wang ini bergerak ke tengah saluran mendatar pada tahap 1.2684, yang sejajar dengan Purata Bergerak (MA). Penembusan dan ujian semula ke atas tahap ini akan memberikan tamparan yang lebih serius terhadap kedudukan kenaikan harga, yang menyebabkan penghapusan Stop Order dan membuka jalan ke tahap 1.2645, di mana pembeli akan lebih aktif, kerana tahap ini berfungsi sebagai had bawah saluran. Sasaran paling jauh dilihat terletak pada tahap 1.2613, di mana saya akan mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD meningkat dan tidak ada aktiviti pada tahap 1.2719 dilihat, maka pedagang akan terus membentuk pasaran menaik. Dalam senario sedemikian, saya akan menangguhkan kemasukan pesanan jual sehingga berlaku penembusan harga palsu pada tahap 1.2757. Sekiranya tidak ada pergerakan penurunan harga di sana, saya akan menjual pasangan GBP/USD dengan segera pada lantunan harga tepat dari tahap 1.2790, dengan mempertimbangkan pembetulan menurun sebanyak 30-35 pip.

Laporan COT:

Laporan Komitmen Pedagang (COT) untuk 12 Disember menunjukkan peningkatan dalam pesanan beli dan penurunan dalam pesanan jual. Jelas sekali, masih terdapat permintaan untuk pound, kerana keputusan Bank of England (BoE) pada baru-baru ini untuk mengekalkan faedah tidak berubah sebagaimana ia meneruskan perjuangannya untuk membendung inflasi, serta kenyataan oleh Gabenor BoE Andrew Bailey bahawa kadar akan kekal tinggi untuk tempoh yang panjang, telah menghidupkan semula pound. Akibatnya, mata wang British mengukuh berbanding Dolar AS. Satu lagi perkara ialah bagaimana ekonomi UK, yang telah bergelut sejak kebelakangan ini, akan bertindak balas terhadap semua ini. Sekumpulan data inflasi UK dan AS dijadualkan akan dikeluarkan tidak lama lagi, dan jika harga meningkat, kami boleh bertaruh pada pertumbuhan selanjutnya pasangan mata wang ini. Laporan COT terkini menunjukkan bahawa pesanan beli bukan komersial telah meningkat sebanyak 5,652 kepada 72,011, manakala pesanan jual bukan komersial turun sebanyak 4,264 kepada 50,430. Akibatnya, jurang di antara pesanan beli dan jual menurun sebanyak 3,373.

Pelan dagangan GBP/USD untuk sesi Eropah pada 26 Disember 2023. Laporan COT dan gambaran keseluruhan dagangan semalam. Pound kekal dalam saluran

Isyarat Indikator:

Purata Bergerak (MA)

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan berhampiran Purata Bergerak (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pergerakan mendatar.

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Jika pasangan mata wang GBP/USD melemah, had bawah indikator berhampiran tahap 1.2680 akan bertindak sebagai sokongan.

Huraian Indikator:

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Pesanan menjual (Short) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...