Menganalisis dagangan Selasa:
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit
Pasangan mata wang GBP/USD melonjak lebih tinggi pada penghujung hari perdagangan pertama dalam seminggu; namun, volatiliti pasaran adalah sangat lemah. Oleh itu, pedagang sepatutnya mempersoalkan sama ada ia menguntungkan untuk memasuki pasaran. Kami sebelum ini memberi amaran kepada anda bahawa tidak akan ada berita atau laporan penting pada minggu ini, dan juga aktiviti pasaran. Hari pertama telah menunjukkan bahawa kemungkinan senario sedemikian sangat tinggi. Jika pasangan mata wang ini bergerak hanya 30-40 pip setiap hari, ia adalah sesuatu yang encabar untuk mengharapkan keuntungan daripada sebarang isyarat dagangan.
Aliran menaik tetap utuh, tetapi semua pergerakan minggu ini boleh diabaikan dan tidak dipertimbangkan dalam gambaran teknikal keseluruhan. Terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk trend mendatar, yang menandakan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan menetap di bawah garis arah aliran, tetapi ia tidak akan menandakan perubahan dalam arah aliran. Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan pada tahun depan kerana sebarang perubahan dalam trend dapat dijangkakan pada masa itu.
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit
Pada carta 5 Minit, isyarat beli juga dihasilkan, yang ternyata menguntungkan juga. Harga menghabiskan masa yang lama untuk" memikirkan" apakah yang harus dilakukan dengan tahap 1.2688, tetapi akhirnya melantun dan berjaya meningkat sekitar 15 pip. Harga tidak mencapai tahap sasaran terdekat, jadi pesanan beli boleh ditutup secara manual pada sebelah petang.
Tip dagangan pada Rabu:
Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD telah menyambung semula dan meneruskan aliran menaik walaupun cuti umum. Menurut analisis teknikal, aliran menaik tetap utuh; oleh itu, mata wang Britain cenderung untuk terus meningkat.
Pada Rabu dan sepanjang minggu semasa, pergerakan mungkin tidak menentu atau hanya mendatar. Oleh itu, adalah agak sukar untuk mengharapkan keuntungan yang tinggi dan isyarat yang kuat. Tidak ada laporan atau peristiwa penting yang dapat membantu pasangan mata wang ini untuk bergerak lebih aktif dan trend yang jelas.
Tahap utama pada carta 5 Minit adalah seperti berikut; 1.2270, 1.2310, 1.2372-1.2387, 1.2457, 1.2502, 1.2544, 1.2605-1.2611, 1.2688, 1.2725, 1.2787-1.2791, 1.2848-1.2860, dan 1.2913. Pada Rabu, kalendar acara di UK dan AS kosong. Tidak akan ada peristiwa penting, oleh yang demikian, volatiliti pasaran yang mendatar dan rendah mungkin akan berterusan.
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Bagaimana untuk membaca carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.