Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 9 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

parent
Analisis Forex:::2024-01-09T03:16:57

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 9 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Isnin:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 9 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan lebih tinggi pada penghujung hari dagangan pertama minggu baharu. Tidak ada sebab atau alasan untuk ini, kerana kalendar acara untuk kedua-dua UK dan AS benar-benar kosong. Walaupun begitu, pasaran menemui alasan untuk membeli pound Britain, oleh itu, ia terus meningkat.

Pasaran tidak mempunyai alasan untuk membeli pound pada Jumaat, kerana laporan ekonomi kebanyakannya menyokong dolar AS dan bukannya pound. Tetapi, seperti yang telah kami nyatakan beberapa kali, pasaran masih tidak cenderung untuk membeli dolar, oleh yang demikian, tanpa mengira latar belakang fundamental dan makroekonomi, tidak akan berlaku penurunan harga pada pasangan mata wang ini.

Pasaran masih percaya bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mula melonggarkan dasar monetari seawal Mac, walaupun kebarangkalian ini mula menurun pada baru-baru ini. Walau bagaimanapun, sementara kebarangkalian perubahan dasar mungkin menurun, pasangan mata wang GBP/USD tidak. Kami masih percaya bahawa pound tidak mempunyai alasan untuk mengukuh, dan pergerakan menaik semasa (yang telah berlangsung selama tiga bulan) adalah merupakan pembetulan harga, tetapi pasaran masih enggan menjual pasangan ini. Dan tiada apa yang boleh kita lakukan mengenainya.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 9 Januari. Tip mudah untuk pedagang baru

Hanya terdapat tiga isyarat dagangan yang telah terbentuk pada carta 5 Minit. Isyarat pertama di sekitar tahap 1.2688 ternyata palsu, mengakibatkan kerugian kecil, kerana harga bahkan gagal untuk bergerak sebanyak 20 pip ke arah yang diharapkan. Walau bagaimanapun, isyarat untuk kemasukan pesanan beli seterusnya di sekitar tahap yang sama ternyata tepat, dan harga kemudiannya naik ke sasaran terdekat pada tahap 1.2725, dan melepasinya.

Menjelang akhir petang Isnin, tiada isyarat pesanan jual baru telah dibentuk, oleh itu, pesanan beli boleh ditutup secara manual. Keuntungan berjumlah sekitar 50 pip, yang mengimbangi kerugian dari dagangan pertama dan membolehkan pedagang menamatkan hari dagangan dengan keuntungan yang kecil.

Tip dagangan pada Selasa:

Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah menembusi garis arah aliran dan kini, buat kali pertama dalam tempoh masa yang lama, mempunyai peluang sebenar untuk membentuk aliran menurun baharu. Walau bagaimanapun, pedagang tidak dapat menembusi tahap 1.2611 dalam tiga percubaan, jadi pergerakan menurun ditangguhkan sekali lagi. Pada masa ini, pound meningkat tanpa alasan yang jelas.

Anda boleh menjangkakan pound mensasarkan ke tahap 1.2787. Dengan sentimen pasaran semasa, pasangan mata wang ini boleh bergerak ke arah mana pun, tetapi melihat kepada faktor fundamental dan makroekonomi, saat ini tidak ada peristiwa berita, sehingga sukar untuk menjelaskan mengapa pound meningkat, terutama mengingat ia sudah berdagang berhampiran tahap tertinggi dalam tempoh hampir enam bulan. Kami akan mempertimbangkan lantunan harga dari tahap 1.2787 untuk pesanan jual.

Tahap utama pada carta 5 Minit adalah seperti berikut; 1.2270, 1.2310, 1.2372-1.2387, 1.2457, 1.2502, 1.2544, 1.2605-1.2611, 1.2688, 1.2725, 1.2787-1.2791, 1.2848-1.2860, 1.2913, dan 1.2981-1.2993. Pada Isnin, tidak ada laporan atau peristiwa yang dijadualkan di UK atau AS. Tiada apa-apa untuk pasaran bertindak balas sepanjang hari ini.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...