Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD. 2 Februari. Inflasi zon Eropah tidak memberangsangkan

parent
Analisis Forex:::2024-02-02T10:29:43

EUR/USD. 2 Februari. Inflasi zon Eropah tidak memberangsangkan

Pasangan mata wang EUR/USD melakukan pembalikan yang memihak kepada mata wang Eropah pada Khamis dan memulakan pergerakan menaik baru ke arah tahap pembetulan 61.8% (1.0883). Pemulihan kadar pertukaran pasangan mata wang dari tahap ini akan memihak kepada dolar AS dan penurunan baru ke arah tahap Fibonacci 76.4% (1.0823), dan bahkan sedikit lebih rendah. Penyatuan harga di atas tahap 1.0883 akan membolehkan kesinambungan kenaikan harga ke arah tahap pembetulan 50.0% (1.0932).

EUR/USD. 2 Februari. Inflasi zon Eropah tidak memberangsangkan

Situasi dengan gelombang masih tidak jelas. Gelombang menurun semalam menembusi tahap rendah gelombang sebelumnya hanya dengan beberapa mata. Gelombang menaik baru belum mencapai tahap puncak gelombang sebelumnya. Segala-galanya menunjukkan bahawa trend "menurun" dilanjutkan, tetapi gelombang pada masa ini kira-kira sama saiznya. Kami tidak melihat gelombang impulsif dan pembetulan yang jelas, tetapi sentimen "menurun" berterusan, dan penurunan selanjutnya dalam mata wang Eropah boleh dijangkakan. Walau bagaimanapun, gambaran semasa menunjukkan bahawa penurunan harga mempunyai kelebihan yang sangat lemah, dan menjangkakan penurunan mendadak dalam euro tidak digalakkan.

Latar belakang maklumat pada Khamis sekali lagi sangat kuat. Pasaran bertindak balas dengan sewajarnya, tetapi saya tidak boleh mengatakan bahawa kenaikan mata wang Eropah adalah logik. Tidak sama sekali. Di zon Eropah, laporan inflasi untuk bulan Januari dikeluarkan dengan nilai bacaan 2.8%, yang sepenuhnya bertepatan dengan ramalan. Laporan ini tidak boleh menyebabkan kenaikan euro. Di AS, indeks aktiviti perniagaan ISM untuk sektor pembuatan dikeluarkan, yang ternyata jauh lebih baik berbanding ramalab pedagang. Ia sepatutnya menyebabkan kenaikan dolar AS. Hanya mesyuarat Bank of England (BoE0 yang kekal, hasilnya juga dijangka menyebabkan kenaikan dolar, bukan euro atau pound. Walau bagaimanapun, pada akhirnya, kita melihat penguasaan lembu jantan. Oleh itu, saya percaya bahawa pedagang menyalahtafsirkan latar belakang maklumat semalam, dan kemungkinan penurunan pasangan hari ini adalah sangat tinggi.

EUR/USD. 2 Februari. Inflasi zon Eropah tidak memberangsangkan

Pada carta 4 Jam, pasangan ini melakukan pembalikan yang memihak kepada mata wang Eropah dan naik ke garis atas koridor arah aliran menurun. Lantunan semula dari garis ini akan menyokong mata wang Amerika dan penyambungan semula penurunan ke arah tahap Fibonacci 38.2% (1.0765). Pengukuhan harga di atas koridor akan meningkatkan kemungkinan kesinambungan kenaikan ke arah tahap pembetulan seterusnya 61.8% (1.0959). Tidak ada perbezaan yang muncul hari ini untuk mana-mana indikator, dan sentimen pasaran kekal "menurun."

Laporan Komitmen Pedagang (COT) :EUR/USD. 2 Februari. Inflasi zon Eropah tidak memberangsangkan

Pada minggu pelaporan terakhir, spekulator menutup 9104 kontrak beli dan membuka 6664 kontrak jual. Sentimen pedagang besar kekal "menaik" tetapi terus melemah. Jumlah kontrak beli yang dipegang oleh spekulator kini berjumlah sebanyak 195 ribu, dan kontrak jual sebanyak 107 ribu. Walaupun terdapat perbezaan yang cukup besar, saya masih percaya bahawa keadaan akan terus berubah memihak kepada penurunan harga. Aliran menaik telah menguasai pasaran terlalu lama, dan kini mereka memerlukan latar belakang maklumat yang kukuh untuk mengekalkan arah aliran "menaik". Saya tidak melihat latar belakang seperti itu sekarang. Pedagang profesional mungkin terus menutup pesanan beli tidak lama lagi. Saya percaya bahawa angka semasa membenarkan kesinambungan penurunan dalam euro pada beberapa bulan yang akan datang.

Kalendar Berita untuk Amerika Syarikat dan zon Eropah:

Amerika Syarikat - Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP)(13: 30 UTC).

Amerika Syarikat - Kadar pengangguran (13: 30 UTC).

Amerika Syarikat - Purata Pendapatan Sejam (13: 30 UTC).

Amerika Syarikat - Sentimen pengguna Universiti Michigan (15: 00 UTC).

Pada 2 Februari, kalendar acara ekonomi mengandungi banyak entri penting, antaranya adalah laporan NFP dan pengangguran yang menonjol. Kesan latar belakang maklumat terhadap sentimen pedagang hari ini boleh menjadi kuat.

Ramalan dan tip untuk pedagang pasangan EUR/USD:

Kemasukan pesanan jual pasangan mata wang EUR/USD boleh dipertimbangkan pada hari ini sewaktu pemulihan harga dari tahap 1.0883 pada carta 1 Jam, dengan sasaran masing-masing berada pada tahap 1.0823 dan 1.0805. Saya akan mempertimbangkan untuk membeli pasangan mata wang hari ini jika berlaku penutupan harga pada carta 1 Jam di atas tahap 1.0883, dengan sasaran terletak pada tahap 1.0932 dan 1.0982.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...